Perhimpunan 'Melayu Bangkit' bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadual berlangsung di di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu hari ini di BATALKAN.

Perhimpunan ‘Melayu Bangkit’ bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadual berlangsung di di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu hari ini sempena ulang tahun peristiwa berdarah 13 Mei 1969, telah ditangguhkan.

Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK), Razali Idris berkata penganjur bersamanya, Institut Integriti Terengganu telah meminta supaya perhimpunan itu ditangguhkan selepas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Ramai yang belum faham objektif sebenar kami. Kami tidak mahu isu ini dipolitikkan oleh mereka yang tidak tahu,” katanya ketika dihubungi.

Perhimpunan itu diadakan dalam usaha untuk “memotivasikan” masyarakat Melayu serta bagi memperingati ulangtahun ke-41 peristiwa berdarah 13 Mei.

Ramai pihak mendakwa bahawa thema dan tarikh tidak sesuai serta tidak selari dengan gagasan IMalaysia : Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.Dalam konteks Malaysia yang berbagai kaum dan ethenik isu-isu perkauman tidak boleh dibangkitkan lagi. Lebih-lebih lagi perpaduan yang menjadi asas kepada pembangunan Negara.

Perjuangan yang lebih penting pada hari ini haruslah perjuangan yang mempunyai jadi diri yang berasaskan Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Perjuangan polilik orang melayu cukup hebat. Pastinya perjuangan politik tersebut untuk membahagikan kek ekonomi yang samarata untuk setiap kaum khususnya kaum melayu. Di Malaysia terdapat kaum yang hebat ekonominya khususnya kaum Cina. Walaupun politik agak tidak berapa stabil. Namun pada hakikatnya ekonomi boleh membeli kuasa politik. Jangan tanya siapa Berjaya dan siapa gagal dalam soal ini.

Sebab ini penulis berpendapat perjuangan ekonomi lebih penting dari politik. Biarlah kita berjuang dengan cara kita sendiri untuk memperkukuhkan ekonomi bangsa, Janganlah kita mudah tertipu dengan berbagai pujuk rayu. Dari zaman Pak Man teelorr hingga zaman smart kutu dan skim pelaburan walit, orang melayu juga yang tertipu.

Banyak tanah milik orang melayu yang terbiar tanpa usaha. Bilalah kaum bangsa ku nak insaf dan sedar kediri.

Posted on 13 May, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: