Syarikat Diserbu Disyaki Tawar Pelaburan Haram Penternakan Burung Walit.

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat di Kulim, Kedah, hari ini diserbu kerana disyaki menawarkan pelaburan haram kepada orang ramai berkaitan peluang dalam penternakan burung walit dengan menjanjikan pulangan yang besar.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam satu kenyataan hari ini berkata syarikat itu diserbu kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965.

Menurut SSM, modus operandi syarikat itu adalah untuk mempelawa orang ramai melabur dalam penternakan burung walit, dengan menyatakan ia akan mengurus dan menternak burung walit bagi mendapatkan sarang burung.

Sarang burung itu kemudiannya akan dijual oleh syarikat tersebut dan hasil jualan dikongsi antara syarikat berkenaan dan para pelabur bagi asas 20:80 peratus.

“Pelaburan adalah sekitar RM4,000 hingga RM400,000 dan mereka dijanjikan jualan kasar kira-kira RM120,000 sebulan jika jumlah maksimum dilaburkan,” kata SSM.

Siasatan itu dijalankan di bawah Seksyen 84 (1) dan Seksyen 91(1) akta tersebut yang menyatakan mana-mana entiti yang cuba menawarkan kepada orang ramai sebarang skim yang menjanjikan sebarang bentuk pulangan kepada pelaburan perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Pendaftar Syarikat.

Syarikat itu sekarang berada di bawah pengawasan SSM dan aktivitinya akan dipantau dengan rapi. “Kami akan terus memantau semua syarikat yang menawarkan skim faedah kepada orang ramai sebagai satu usaha berterusan untuk melindungi mereka dengan memastikan pematuhan ketat kepada syarat-syarat Akta Syarikat 1965,” kata suruhanjaya itu. – BERNAMA

Komen Penulis

Dulu saya pernah tulis berhubung dengan pelaburan projek menternak burung walit ala-ala skim cepat kaya. Saya pernah ditawarkan untuk menjadi agen kepada syarikat tersebut tetapi saya menolak. Tidak mahu menjadi senang dengan cara menyusahkan orang ramai.

Kaum bumiputra (Melayu) mudah terpedaya dengan berbagai skim yang ditawarkan kerana tidak mahu bekerja keras tetapi nak kaya cepat. Apa sahaja skim yang ditawarkan amat mudah terpedaya. Nak tipu orang melayu ni tak susah sangat, bawa saje Pak Menteri untuk rasmikan projek pasti orang melayu percaya.

Saya difahamkan projek yang dibuat oleh syarikat tersebut pernah dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani. Dato’ Mukhris Mahadhir juga difahamkan pernah melawat projek syarikat berkenaan di Terengganu.

Mana perginya projek cacing, lintah, serai wangi dan sebagainya yang pernah diwar-warkan kepada orang melayu.

Insaf-insaflah kawan jangan lagi mudah terpedaya dengan janji manis.
Wallajhualam

Posted on 11 May, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: