4 Syarikat Jalankan Kutu Pintar Akan Dibawa Ke Mahkamah . Skim pelaburan yang meragukan.

4 Syarikat Jalankan Kutu Pintar Akan Dibawa Ke Mahkamah

KUALA LUMPUR: Empat buah syarikat yang menjalankan “skim smart kutu” dengan nilai pelaburan kira-kira RM33 juta akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang enggan mendedahkan nama syarikat-syarikat tersebut berkata syarikat-syarikat tersebut sedang disiasat.

“Empat syarikat tersebut dalam siasatan, tapi saya tak boleh beri nama, sebab kalau saya beritahu nanti dia orang akan alihkan harta dan sebagainya jadi nanti kita dapat kosong sahaja nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika di sini pada hari Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia Datuk Azmi Ariffin ketika ditemui selepas majlis itu berkata salah satu daripada empat syarikat yang disiasat tersebut telah dibekukan asetnya.

Beliau berkata sebuah syarikat tersebut beroperasi di Johor manakala tiga lagi di Kedah, dengan jumlah pelaburan sebanyak RM33 juta dan kira-kira 100,000 orang peserta.

Mengenai Jawatankuasa Khas Bersama untuk menangani jenayah kolar putih yang ditubuhkan melibatkan Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Koperasi, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara, Azmi berkata ia akan bermesyuarat pada Khamis ini bagi membincangkan cara terbaik bagi mereka bekerjasama.

Beliau berkata mesyuarat tersebut bertujuan untuk mencari jalan bagaimana mempercepatkan mereka menjalankan siasatan dan mengelakkan sesuatu kes itu diabaikan.

“Ini adalah mesyuarat pertama jawatankuasa kerja itu, jadi kami kena senaraikan terma rujukan yang kita fokus, contohnya kalau Bank Negara siasat adakah Bank Negara nak beritahu kepada kita.

“Bukan nak beritahu kita mengenai siasatan mereka, tak boleh….kerana siasatan adalah sangat rahsia, jadi macam macam mana kita mahu kerjasama antara satu sama lain,” katanya. -BERNAMA.

Posted on 11 May, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: