Mana yang lebih berpotensi industri sarang burung walit atau penanaman gaharu?.


Mana yang lebih berpotensi antara projek gaharu atau walit. Persoalan ini tidak sukar untuk dijelaskan, kerana keduanya mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Bagi mereka yang mempunyai tanah yang sesuai untuk gaharu , adalah sangat berpotensi menanam gaharu berbanding dengan kebun buah-buahan.

Bagi mereka yang tidak mempunyai tanah pasti tiada peluang untuk menanam gaharu. Bagi mereka ini projek burung walit adalah lebih berpotensi. Ia adalah lebih baik lagi sekiranya dapat digabungkan secara integrasi diantara projek burung walit dan juga projek gaharu.

Pasaran untuk sarang burung walit adalah terlalu besar terutamanya permintaan dari Negara China, Hong Kong, Taiwan, dan negara dimana terdapatnya masyarakat China dan permintaan dalam negara. Harga pasaran yang sentiasa tinggi kerana hasil sarang gua asli semakin pupus.

Manakala permintaan untuk gaharu sebagai bahan asas industri wangian merentasi sempadan hidup dan mati. Orang hidup perlukan wangian dan orang mati dibakar wangian untuk menceriakan suasana. Pasaran gaharu merentasi sempadan agama dan bangsa. Malah pasaran untuk gaharu juga merentasi sempadan negara. Sebagai bahan asas kepada industri perfium pasaran untuk kayu teramatlah besar.
Walau bagaimana pun pulangan dalam industri walit lebih cepat. Jika bernasib baik dalam tempuh satu tahun sudah pun mula mendatangkan pulangan.
Biasanya pulangan pelaburan walit akan diperolehi dalam masa yang singkat, 1 – 5 tahun.

Pastinya Industri sarang burung walit menjanjikan pulangan yang lumayan. Pelaburan dalam industri menternak walit hanya sekali sahaja, tiada kos membeli anak burung, makanan serta penjagaannya. Industri walit juga tiada kos penjagaan bulanan ’over head’ seperti industri lain.

Hasil tuaian dapat disimpan lama sekiranya harganya mengalami kejatuhan. Semakin lama usia rumah burung walit, hasilnya akan berganda tanpa menambahkan kos operasi.

Industri walit ini masih baru di Malaysia, kurang daripada 10 – 20 tahun kebelakang, ini bermakna ”burung masih mencari rumah”.. Industri walit juga dapat menyediakan peluang pekerjaan sekiranya melakukan pembersihan sarang ataupun pemprosesan produk hiliran.

Dalam industri gaharu pula permintaan pasaran yang terus meningkat, isu tiada pasaran atau lebihan produk tidak berbangkit. R & D dalam industri gaharu sedang giat dilaksanakan oleh institusi penyelidikan dinegara ini. Pastinya penemuan kearah yang lebih baik.

Kaedah tanaman dan teknik rawatan bioteknologi bagi pengeluaran gaharu berkualiti tinggi menjadikan industri gaharu cukup berpotensi. Konsep tanam dan Tinggal. Kaedah tanaman yang begitu mudah iaitu tanam kemudian biarkan ia membesar untuk diberi rawatan bagi penghasilan gaharu . Tanaman gaharu sangat berpotensi kerana penjagaan yang minima kerana pokok karas adalah pokok hutan.

Bekalan baka benih yang terbukti menghasilkan gaharu bermutu tinggi dapat diperolihi dengan harga berpatutan.
Pokok Karas atau gaharu mudah tumbuh dan membesar di kawasan Tropika: hujan dan panas saperti Negara kita. Boleh ditanam di ladang atau di dalam kebun besama pokok sedia ada atau di belakang rumah kita.

Posted on 10 May, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: