Sistem atau kaedah memungut sarang burung walit boleh mempengaruhi populasi burung dalam RBW

Bila waktu sarang burung walit boleh dipungut.Berbagai kaedah amalan yang digunakan untuk memungut sarang walit. Sarang burung walit hanya boleh dipungut apabila keadaannya sudah memungkinkan untuk dipungut. Bila tiba keadaan itu, andai kata sarang walit tidak dipungut sarang akan menjadi rosak dan kualiti sarang juga rendah.

Oleh itu untuk melakukan pemungutan sarang pengusaha perlu mengetahui cara dan kaedah-kaedah tertentu agar hasil yang diperolehi cukup lumayang dan kualiti sarang sarang yang tinggi.

Jika berlaku kesilapan dalam memungut sarang akan mengakibatkan ganguan terhadap populasi rumah burung walit itu sendiri. Ada kemungkinan burung walit merasa tergangggu dan pindah dan pindah ke RBW yang berhampiran. Keadaan seperti ini memang pernah berlaku. Seorang pengusaha memberitahu saya beliau memetik sarang yang berulang kali tanpa mengira musim untuk mengumpul sarang. Akhirnya populasi RBW beliau semakin berkurangan. Manakala RBW jira semakin bertambah.

. Untuk mencegah kemungkinan tersebut, para pemilik RBW perlu mengetahui teknik atau pola dan waktu pemungutan sarang walit. Pola pemungutan sarang burung walit dapat dilakukan oleh pengelola RBW dengan beberapa cara,

1) Pungutan rampasan.

Cara ini dilaksanakan setelah sarang walit telah siap untuk bertelur, tetapi pasangan walit itu belum sempat bertelur. Sarangnya dipungut awal. Biasanya pasangan burung walit akan membuat sarang semula. Kaedah ini biasa dilakukan oleh pengusaha kecil-kecilan.

Cara ini ada juga kebaikannya ia itu jarak waktu pungutan cepat, kualiti sarang burung agak baik dan jumlah penghasilan sarang burung setahun lebih banyak.
Tetapi kelemahan cara ini ialah populasi burung walit terbantut karena tidak ada kadar penghasilan anak-anak muda tidak meningkat.

Keupayaan burung walit untuk terus berkembang agak lemah lemah karena ia dipancu untuk terus menerus membuat sarang sehingga tidak ada waktu untuk berehat. Kualiti sarangnya pun akhirnya merosot menjadi kecil dan nipis karena produksi air liur tidak mampu mengimbangi pemacuan waktu untuk membuat sarang dan bertelur.

2) Pemungutan buang telur..

Cara ini dilaksanankan setelah burung membuat sarang dan bertelur dua biji. Telur diambil dan dibuang kemudian sarangnya diambil.

Kaedah ini kebaikannya ialah dalam setahun dapat dilakukan pemungutan hingga 4 kali dan kualiti sarang yang dihasilkan pun baik karena sempurna dan tebal.

Tetapi kkelemahannya ialah, tidak ada kesempatan bagi walit untuk menetaskan telurnya. Kaedah ini biasa dilakukan oleh pemilik RBW yang telah lama dan ruang untuk walit bersarang telah penuh.

3) Pemungutan selepas penetasan

Kaedah ini sarang dapat dipungut ketika anak-anak walit telah menetas dan sudah boleh terbang.
Kelemahan cara ini ialah kualiti sarang rendah karena sudah terdapat kerusakan dan telah mula dicemari oleh kotorannya.

Namunbegitu kebaikannya ialah burung walit dapat berkembang biak dengan tenang dan aman sehingga polulasi burung dapat meningkat.

Advertisements

Posted on 6 May, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: