Pertemuan penulis dengan bekas mufti Terengganu menjelaskan hukum halal memakan sarang burung walit untuk orang Islam

Awal tahun 2004 saya mengunjungi Bank Pertanian Malaysia kini dikenali sebagai AGROBANK untuk mendapat maklumat pinjaman projek Rumah Burung Walit. Malangnya pada ketika itu projek RBW tidak termasuk dalam projek yamg boleh dibiayai oleh Bank Pertanian. Tidak termasuk dalam senarai projek yang boleh dibiayai oleh Bank Pertanian.

Persoalannya tidak selesai disitu. Pegawai yang saya jumpa tersebut bertanya apa hukum orang Islam membuat projek burung walit kerana projek walit ini biasanya adalah projek yang melibatkan kaum Cina (non Muslim) Apakah hukumnya orang Islam makan hasil sarang burung ini. Boleh ke orang islam makan sarang burung. Sarang burung walit diperbuat dari air lior (suliva) . Jika telur burung tidak ada masalah untuk dimakan oleh orang Islam .

Bagi menjelaskan persoalann tersebut saya pergi ke Pejabat Mufti Terengganu. Pertemuan saya dengan Allahyarham Sahibulsamahah Dato’ Dr Zubir menjelaskan segala persoalan. Penjelasan tuan mufti mengenai hukum memakan sarang burung bagi orang Islam adalah halal.

Tengahari tadi di premis Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu penulis bertemu dengan EXCO yang menjaga halehwal kebajikan masyarakat negeri Terengganu. YB hj Ashaari dan juga Dr Azizul Pengarah Veterina Negeri Terengganu. Sebenarnya perbualan penulis dengan YB Hj Ashaari EXCO Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu dan Pengarah Veterina Terengganu lebih rancak daripada itu ia melibatkan isu-isu projek membasmi kemiskinan.

Industri burung walit telah menjadi mulut bila Perdana Menteri Malaysia mahu supaya industri burung menjadi industri yang bernilai tinggi yang memberi impak ekonomi yang besar kepada negara. Menurut YB Ashari ramai juga yang tidak bersetuju projek walit dijadikan projek PPRT (program pembasmian rakyat termiskin) . Projek RBW tidak mempunyai kesan berganda dalam member pekerjaan kepada rakyat miskin. Pelaburan sekali sahaja tetapi hasilnya sepanjang masa. Bermakna gulongan miskin tidak berpeluang untuk bekerja dalam industri ini. Tenaga kerja adalah sekali sahaja ia itu dalam bidang pembinaan semasa pembinaan RBW itu pun ingin menjadi boruh binaan. Lepsa itu tiada lagi peluang pekerjaan untuk gulongan PPRT . Keadaan ini samalah seperti memberi ikan kepada pemancin bukannya memberi jorang untuk diajar bagaimana cara memancin.

Sebaliknya jika dapat diwujudkan indusri memproses Sarang burung maka projek sarang burung sangat berdaya maju untuk dijadikan projek membasmi kemiskinan.
Projek untuk PPRT kosnya tidak lebih daripada RM10,000 untuk seorang peserta. Jika RBW ini dijadikan projek kelompok untuk 20 orang peserta mungkin ia boleh dijadikan projek PPRT dengan RBW RM200K .

Saya tidak bersetuju dengan cadangan jabatan Veterina untuk membuat projek RBW dengan kos RM10K . Walaupun terdapat buktii di Marang dan Mukah. Perlu diingat bahawa itu hanya satu contoh yang terpencil. Jika diambil dari espek teknikal ia tidak menepati spesifikasi yang diperlukan untuk sebuah RBW yang sukses. Kedua contoh RBW yang dirujuk itu adalah secara kebetulan didiami walit kerana tiada RBW lain dikawasan tersebut. Pada perinkat awal dahulu kawasan sentra walit hanya membuat sarang dibaeah bumbung atap sahaja seperti di kampung China Kuala Terengganu.

Posted on 4 May, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: