Mengawal habitat mikro dalam RBW dari kepanasan sinar matahari.

Apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kepanasan matahari yang memancar . Kepanasan dalaman akan memberi kesan kepada habitat mikro . Sinaran matahari secara langsung kepada dinding RBW akan memerangkap haba dan seterusnya haba dari luar memanaskan udara dalam RBW. Sekiranya ventilasi tidak mencukupi ia akan member kesan yang ketara kepada habitat dalaman tadi.
Bahan binaan memainkan peranan penting. Material yang sesuai ialah bahan yang boleh menebat haba. Bata tanah yang digunakan sebagai bahan binaan lebih kuat menebat haba berbanding dengan bata semin. Tetapi harga bahan binaan ini hampir sekali ganda dengan bata semin. Ini bermakna kos untuk RBW mengunakan bata tanah adalah lebih tinggi sekali ganda berbanding dengan menggunakan bata semin.
Oleh itu jika anda mempunyai budget yang besar adalah lebih baik anda membina RBW menggunakan bata tanah. Ini kerana ianya lebih mudah untuk mengawal udara dalam RBW supaya lebih kondusif untuk burung walit tinggal dan bersarang.
Terdapat satu lagi bahan yang mempunyai kadar menebat haba yang baik ialah conkrit form atau ia lebih dikenali sebagai bata ringan. Walsu bagaimana pun bata ini juga ada keburukannya kerana ia tidak kuat dari espek keselamatan. Pencerobuhan keatas RBW mudah dilakukan bila digunakan material yang lembut seperti ini .Pencerobuh tidak perlu bersusah payah untuk membolosi RBW begini. Masalah utama RBW kini adalah pencerobuhan. Walau pun harganya murah tetapi tidak terjamin dari segi keselamatan.
Cara lain untuk mengawal kepanasan matahari ialah design. dan reka bentuk RBW. Kedudukan tapak RBW membujur atau melintang matahari. Semakin luas permukaan yang terdedah dengan sinaran matahari semakin besar kesan haba dalam habitat mikro. Kedudukan RBW yang baik ialah membujur sinaran matahari.
Boleh juga menggunakan penghadnng sinaran seperti naikkan dinding asbestos bagi nenghalang sinaran matahari secara langsung. Kaedah ini adalah pilihan terakhir dan ianya menjmatkan kos. Penghadang ini ini boleh menggunakan bahan seperti siling atau bahan atap sama ada asbestos atau zink.
Pemilihan lokasi yang terdapat naugan seperi lereng bukit atau pokok yang boleh menyejukkan udara juga boleh membantu untuk mengelakkan RBW terlalu panas.

Posted on 3 May, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: