Penyebaran penyakit berjangkit yang disebabkan oleh unggas.

Penyakit berjangkit yang ada kaitan antara manusia dan haiwan seperti penyakit cacar. Penyakit cacar yang menyerang manusia disebarkan oleh lembu. Ianya terjadi kerana hubungan langsung antara lembu dan manusia yang menjadi pemeliharanya. Khususnya pemeliharaan lembu susu.

Terdapat juga penyakit yang disebarkan oleh unggas seperti burung dan sebagainya. Penyakit yang disebarkan oleh haiwan dan unggas ini dikenali sebagai anthropo-zoonosis

Penyebaran penyakit yang dibawa oleh haiwan dan unggas kepada manusia boleh juga terjadi melalui udara, melalui gigitan nyamuk, melalui makanan, melalui air yang tercemar oleh penyakit berkenaan, dipindahkan oleh lalat dan sebagainya. Sebagai contohnya penyebaran penyakit seperti selsema burung yang mengorbankan manusia serta menjejaskan ekonomi Negara.

Disini disenaraikan beberapa contoh penyakit yang dapat disebarkan oleh unggas (burung) dengan manusia adalah:

1. Botulisme, yang disebabkan oleh toksin bakteria Clostridium botulinum, penyakit ini
Disebarkan melalui makanan yang tercemar.

2. Klamodosis, disebabkan oleh Chlamidya psittaci, penyakit ini disebar dengan cara
Menyedut udara yang tercemar dengan kotoran burung.

3. Ensefalitis B, disebabkan oleh virus ensefalitis, penyakit ini disebar melalui gigitan
nyamuk, yaitu manusia digigit oleh nyamuk yang sebelumnya menggigit seekor burung yang terinfeksi virus ensefalitis ini.

4. Inveksi kemerova, disebabkan oleh virus kemerova (reoviridae), penyakit ini disebar
dengan gigitan kutu, ia itu manusia digigit oleh kutu yang sebelumnya menggigit seekor
burung yang dihinggapi virus kemerova ini.

5. Listeriosis, disebabkan oleh bakteria listeria monocytogenes, penyakit ini disebar melalui makanan yang tercemar.

6. Demam Sindbis, disebabkan oleh virus sindbis (togaviridae), penyakit ini disebar melalui gigitan nyamuk.

7. Infeksi mikrobakterial, disebabkan oleh m.avium, penyakit ini disebar melalui gigitan
nyamuk.

8. Newcastle disease, disebabkan oleh virus paramyxovidae, penyakit ini disebar dengan cara menyedut udara yang tercemar dengan kotoran najis burung.

Burung walit, yang juga termasuk ke dalam kelompok unggas atau burung juga mempunyai potensi untuk penyebaran penyakit kepada manusia. Walau bagaimana pun kajian yang khusus berkaitan dengan anthropozoonosis tidak banyak dilakukan lagi.

Demi keselamatan manusia kajian mengenainya perlu dilakukan bagi memastikan penternakan atau budidaya walit ditengah-tengah masyarakat benar-benar bebas dari penyakit yang dibawa oleh unggas seperti burung walit ini.

Usaha budidaya walit melalui pendirian rumah-rumah walit merupakan mata
pencaharian masyarakat dan sumber ekonomi yang cukup lumayan. Tetapi ia juga bakal menimbulkan masalah yang tidak kurang besarnya kepada masyarakat. Pencemaran kawasan persekitaran yang ditimbulkannya merupakan masalah serius yang harus diambil kira juga.

Impak negatif yang lebih besar seperti potensi berlakunya konflik sosial antara masyarakat dan pembudidaya walit . Iini juga juga harus diambil kira oleh pihak berwajib.

Posted on 1 May, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: