Benarkah adrodramus terdiri dari dua jenis tabiat bersarang. Bersarang sepanjang tahun dan bersarang hanya pada musim kemarau sahaja.

Musim ketandusan burung walit telah berlalu. Tiba musim raya, banyak walit kembali semula menghiasi Rumah burung yang ketandusan selama ini. Musim hujan atau musim banjir tidak banyak berlaku pembiakan. Ertinya pertambahan populasi tidak berlaku pada musim hujan atau kemarau. Burung-burung walit tidak membuat sarang pada musim ini.

Kebanyakan pemilik rumah walit akan membuat pungutan sarang pada musim hujan yang lalu. Kata mereka jika walit bertelur pun, ia tidak menetas. Jika menetas pun anak akan ditinggalkan induk yang tidak kembali pada musim hujan. Saya tidak pasti apakah benar tanggapan seperti ini. .

Kekurangan makanan menjadi penyebab kepada kekurangan populasi ini. Pemilik Rumah Burung yang membuat pemerhatian itu mendapati anak-anak walit mati kekeringan didalam sarang kerana induknya tidak kembali untuk menyuap makanan kepada anak-anak yang ditinggalkan. .

Fenomina sebegini sering berlaku setiap tahun pada musim banjir. Namun begitu bukan semua anak walit mati kekeringan ada juga anak walit yang hidup segar bugar. Induknya kembali memberi makan kepada anak-anaknya yang kelaparan. .

Andy Chong berpendapat bahawa adrodramus yang tinggal dirumah burung artificial ini ada dua jenis ia itu yang bersarang pada musim kemarau sahaja dan ada juga jenis yang membuat sarang sepanjang musim. .

Pemerhatian yang dibuat beliau mendapati bahawa kedua dua jenis ini mengeluarkan bunyi yang berbeza. Data yang dikumpulkannya menunjukan bahawa adrodramus terdiri dari dua jenis yang disebutkan tadi. Namun begitu belum dipastikan lagi sama ada ianya terdiri dari spesies yang berbeza. Kajian yang lebih mendalam perlu dilaksanakan untuk membuktikan hyphotesis ini.
..

Posted on 27 February, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: