Maulidul Rasul memupuk kesedaran betapa besarnya nikmat Allah kepada manusia.

Salam Maulidur Rasul buat buat penjenguk blog jahaniwalit.com sekalian,
Alhamdulillah, segala puji dan puja kita rafaakkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang zaman.

Hari ini 26 Februari,2010, bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1431 Hijriah ummat Islam menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah SAW. Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat kubra buat ummat sejagat. Ini kerana kelahiran baginda memberikan petanda risalah dan penyelamat umat dari dibelenggu arus jahiliyah.

Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasi pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga bermakna Rasulullah SAW semakin jauh dari kita. Namun spirit dan ruh perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.

Marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu nahdah (peradaban). Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa,perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita.

Berbagai cara sambutan yang dilaksanakan oleh ummat Islam seluruh dunia. Penulis juga tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam sambutan yang diadakan oleh ummat Islam di Malaysia. Hari ini saya menyertai perarakan maulidul rasul bersama Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Terengganu. Perarakan bermula dari stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah, Kuala Terengganu melalui persimpangan Shah Bandar Majlis Bandaraya Persisir Air, Kuala Terengganu ke Stadium Negeri. Jarak perjalsnan lebih kurung 2.5 KM sahaja. Perarakan sambil bersolawat kepada junjungan besar nabi Mohamad S.A.W. Lama tak berjoging berasa juga kaki sampai ke betis.

Sesampai ke destinasi sambil menjamun selera nasi dagang dan makanan traditional Terengganu saya peluang beramah mesra dengan pembesar Negeri Terengganu yang turut serta.
Biasalah mereka-mereka ini bila bertemu saya soalan pertama yang ditanya ialah tentang burung walit. Nampaknya hari ini tidak ada lagi masyarakat yang tidak tahu tentang burung walit ini. Minat kepada industri burung wali telah merebak dari orang biasa hungga pembesar negeri.
Dikalangan mereka memaklumkan kepada saya bahawa nilai eksport sarang burung walit suatu hari nanti mungkin akan melebihi pasaran eksport petrolium. Potensi besar tersebut telah menarik minat wakil rakyat dan pembesar negeri. Ada yang bertanya saya tentang kos dan juga konsep yang berkaitan.

Maulidul Rasol pada tahun ini benar-benar menginsafkan saya bahawa usaha yang dibuat selama ini tentang potensi besarnya industri wlit mendapat maklumat balas yang memberangsangkan seluruh lapisan masyarakat.,

Saya dimaklumkan bahawa kertas kabinat belum lagi membuat keputusan mengenai garis panduan yang dicadangkan. Namun begitu berita gembira kepada pengusaha walit bahawa jabatan-jabatan yang terlibat telah memberi sokongan kuat dalam pembangunan industri walit.
..

Posted on 26 February, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: