Jabatan Veterinar Negeri Terengganu diberi tanggung jawab untuk memajukan industri walit di Terengganu.


..
Kuala Terengganu 24 Februari 2010 : Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah diberi tanggungjawab untuk mengawalselia dan mengendalikan industri burung walit di negeri Terengganu.

Mengulas lanjut, Dr Azizol berkata selain menyediakan draf undang-undang berkaitan burung walit JPV juga merancang memberikan pengetahuan dan membimbing pengusaha-pengusaha yang terlibat dalam bidang ini.

Memandangkan industri burung walit merupakan satu perkara baru kepada agensi berkenaan jabatan mengalu-ngalukan sumbangan Persatuan Pemilik Rumah Burung Walit Melayu Terengganu dan akan memberi kerja sama sepenuh dalam membangunkan industry walit di Terengganu. JPV akan membantu pengusaha-pengusaha yang telah terlibat dalam industry ini bagi mengembangkan lagi perusahaan mereka.

Dr. Azizol berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat En. Zabri Nawang selaku konsultan burung walit dan wakil Persatuan Pemilik Rumah Walit Melayu Terengganu.
Katanya JPV menyasarkan industri sarang burung walet di kalangan bumiputera di Terengganu akan meningkat kepada 10 peratus menjelang 2015 berbanding tiga peratus sekarang.

Beliau berkata pihaknya mengenal pasti beberapa daerah di Terengganu beropetensi untuk mengusahakan ternakan itu termasuk di Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan Kuala Terengganu.
Daripada kajian yang dijalankan, katanya kebanyakan burung walit dari Indonesia berhijrah ke Terengganu setelah berlaku kebakaran hutan di negara berkenaan.

Dr Azizol berkata nilai industri burung walet di dunia sekarang mencecah RM60 bilion dan Malaysia menduduki tempat ketiga dalam industri itu selepas Indonesia dan Thailand

Posted on 24 February, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: