Agallocha Roxb” atau Da Bao Huon (DBH) telah terbukti menghasil kayu gaharu yang berkualiti tinggi.


Penghasilan gaharu dari pokok karas atau depu tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia. Pokok karas dikenali dengan nama sainstifik sebagai Aquilaria spp. yang tergolong dalam famili Thymelaeceae. Di Malaysia, terdapat 5 spesies sahaja iaitu Aquilaria hirta, A. beccariana, A. rostrata, A. malacensis dan A. microcarpa. Teknologi penghasilan gaharu melalui kaedah aruhan atau inokulasi adalah teknologi baru bagi Malaysia. Terdapat beberapa agensi di Malaysia telah mejalankan penyelidikan berkaitan dengan perkara tersebut. Diataranya ialah MINT (Nuklear Malaysia ) dan Institut Perhutanan Mlalaysia (FRIM). Universiti Putera Malaysia dan Universiti Putera Malaysaia. Penyelidikan dan kajian tersebut masih dilaksanakan. Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah membuka ladang seluas 106 ekar dengan menanam 35,000 batang pokok karas di Merchang Marang sejak 2005. Manakala kerajaan Negeri Kelantan telah meminda enakmen perhutanan bagi membolehkan proses inokulasi dilaksanakan kepada pokok karas atau depu yang tumbuh dalam kawasan hutan simpan. Ini adalah langkah untuk meneroka sumber pendapatan baru bagi negeri-negeri berkenaan. .

Namun begitu kita harus berhati-hati dalam memilih spesis yang baik untuk ditanam. Kerana spesis yang tidak sesuai hanya dapat menghasilkan gaharu yang bermutu rendah. Oleh kerana penanaman gaharu melibatkan pelaburan yang panjang. Maka sangat penting pelabur memilih spesis yang tepat untuk melaksanakan projek ini. .

Secara amnya R&D seharusnya dilaksanakan oleh pihak kerajaan juga swasta dalam mengenal pasti spesies yang terbaik untuk ditanam dan mengurangkan tanda tanya pelabur dalam industry gaharu. Sekiranya terdapat penenuan yang baik haruslah di istiharkan segera. Sehingga kehari ini tiada pengistiharan rasmi R&D di Malaysia.

Perbincangan saya bersama rakan-rakan mendapati spesies daripada Vietnam ia itu Agallocha Roxb” atau Da Bao Huon (DBH) telah terbukti menghasil kayu gaharu yang berkualiti tinggi. Kajian yang dibuat oleh sebuah ladang di Vietnam selama 30 tahun di ladang mereka seluas 5,000 hekta telah berjaya menghasilkan teras gaharu. Benih dari spesies tersebut kini telah diusahakan di Malaysia.

Posted on 24 February, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: