Banyak persoalan tentang industri burung walit.


Dibawah adalah beberapa email yang saya terima. Saya posting disini untuk renungan bersama, mungkin ada kebaikan yang dapat anda kutip darinya.

e-mail 1:
Salam, Saya Khairil nak tanya buku yg ditulis oleh pak hendri mulia bertajuk strategi jitu memikat walet ada lagi tak?Kalau ada saya nak sebuah. Pak Jahani bagi no akaun bank dan saya akan bank-in kat duit harga buku tu. Khairil. .

Jawapan:
Maaf saya bukan pengedar buku tersebut. Sahabat saya En Mohd Zabri telah membeli banyak naskah buku tersebut dari Hendri sendiri. Harap saudara dapat hubungi En. Zabri 0199341226. Terima kasih.

e-mail 2:

Assalamualaikum… Saya Zuraidah Abdullah dari Sabah ingin bertanya tentang kos paling minima untuk membina rumah burung walit dan kawasan serta suasana persekitaran macam manakah yang digemari oleh burung walit. .

Saya mempunyai tanah bukit dan kawasan sekeliling masih hutan.. Bawah bukit adalah kawasan tanah sawah yang terbiar… Tanah adalah mengadap ke arah laut.. Pada kawasan tertentu tanah, angin agak kuat..Harap boleh memberi idea.. sekian. Terima Kasih.

Jawapan:
Kos bergantung kepada kemampuan dan tempat serta bahan binaan yang digunakan. Harga bahan binaan dan kos upah tidak sama. Saiz minima juga sukar untuk ditentukan. Tetapi standard saiz kebanyak orang adalah 20 X 40 kaki.Untuk mendapat kepastian saudari perlu membuat ujian lokasi terlebih dahulu. .

e-mail 3:

selamat kembali ke tanah air dan selamat berjumpa lagi..disini saya lampirkan beberapa gambar tapat rumah walet saya yang baru di bina pada pertengahan jan baru lalu.. tempat nya saya rasa amat sesuai .. kerana tempat kawasan walet mencari makan.. setiap hari walet2 berterbangan mencari makan di kawasan itu.
oh ya… tentang pelan rumah saya.. lakaran yang sepenuhnya belum siap lagi.. cuma pelan tu lebih kurang macam design rumah walet pak hen.. tapi saya menggunakan konsep open roof…. munkin pak jahani boleh memberi sedikit komen tentang pelan rumah walet saya yang menggunakan kan open roof.
dan satu lagi sebelum saya terlupa.. mohon dapat kiranya… saya boleh membeli buku sterateji memikat walet…
segala bimbingan dan khidmat nasihat dari pak jahani saya dahului dengan ucapan ribuan terimakasih.
Jawapan;
Maaf saya tidak dapat member komen khusus kepada saudara kerana diantara kita berdua tidak ada komitmen apa-apa. Saya bimbang nanti jika saya tersalah member pandangan saya akan dipersalahkan. Terima kasih. e-mail 2:
e-mail 3:

ASSALAMUALAIKUM.

En Jahani, (jahani.ismail@gmail.com) ,

Saya sekarang berumur 45 tahun. Berkerja dalam sektor Swasta di Shah Alam. Saya berasal di Terengganu dan kini telah menetap di Pulau Pinang. Saya mempunyai hasrat dalam umur 50 tahun saya ingin ‘pencen’ dan menjalankan satu bentuk perniagaan yang boleh saya jalankan dengan pulangan setimpal dengan usaha dan modal. Saya bercadang untuk menjalankan aktiviti penternakan burung wallet ini di Seberang Perai, Pulau Pinang. Sekitar kawasan Kepala Batas. :

Saya tidak berminat dengan MLM atau skim cepat kaya…. Walau banyak dugaan dari kawan-kawan mengajak saya menyertai MLM…. Tapi saya rasa ianya bukan ‘minat’ saya….:

Saya berminat dengan ‘aktiviti’ penternakan burung Walet ini. :

Saya ingin menggunakan wang keluaran EPF saya dan ‘melabur’ dalam bidang ini. Cuma saya ini takut-takut kerana selalu mendengar cerita Negatif dari akhbar dan kawan-kawan yang ‘ditipu’ dengan ada yang melabur dalam industri ini dan akhirnya perlaburan itu ‘lebur’. :

Saya ada melihat beberapa pengusaha yang berjaya tetapi dari bangsa bukan melayu. Saya teringin hendak berjaya seperti mereka. Minat ini hanya datang dalam beberapa bulan yang lalu. . Selepas itu saya pun menjalankan kajian dalam internet dan membeli buku-buku berkenaan industri ini dan YAKIN saya telah menjumpai ‘retirement plan’ saya. :

Dalam banyak-banyak Website dalam internet yang pernah saya lawati, website En.Jahani yang paling saya tertarik dan menjadi sumber rujukan saya. Kerap saya mengunjungi laman ini tetapi saya tidak berani hendak menghubungi En Jahani sehingga hari ini. :

Saya berminat amat untuk mendalami ilmu Penternakan Walet ini SEBELUM saya memulakan dan menceburi industri ini. Kerana dari kajian dari internet kegagalan kebanyakkan penternak Walet ialah kerana tidak cukup ilmu dan tidak bersedia dengan secukupnya dalam industri ini. Macam bidan terjun saja. :

Pelan jangka pendek saya ialah untuk menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan penternakan wallet. Seterusnya saya akan mendalami bidang ini. :

Saya mengharapkan sekiranya En.Jahani dapat mengesyorkan kursus-kursus yang sepatutnya saya hadiri. :

Matlamat saya adalah mudah, “ingin berjaya…..” :

Semoga mendapat pandangan dan tunjuk ajar dari En Jahani. :

Sekian. Terima kasih. :

Jawapan. :
Terima kasih anda telah member dorongan kepada saya untuk terus menulis dalam blog ini. Matlamat saya adalah untuk membuka minda bangsa saya ia itu bangsa Melayu. Membongkar rahsia rumah gelap. Sejarah bangsa Melayu konongnya berjuang politik untuk memperbaiki ekonomi bangsa Melayu. Tetapi bangsa lain berjuang Ekonomi untuk kepentingan politik bangsa mereka. Dah lebih 50 tahun Malaysia merdeka siapa yang berjaya sebenarnya.
,br.
Baguslah saudara tidak mudah tertipu dengan konsep MLM. Ingat saya pernah terjengok ada blog pelaburan rumah burung juga berkonsepkan ala-ala MLM. Wallahualam. :

e-mail 3:

(HASLAN ROS BIN HASHIM @ CHE ROSE)
Assalamualaikum w.b.t,,

Saya asnul, pelajar dari universiti malaya. Saya ingin membuat kajian tentang operasi perusahaan burung walit ini dari segi pelaburannya serta pembangunannya, yang demikian, saya inginlah memohon jasa baik pak cik utk memberikan serba sedikit maklumat berkenaan perusahaan emas putih ini. Jika tidak keberatan, kami ingin datang melawat sendiri bagaimana perusahaan burung walit ini dilaksanakan bagi menambah kefahaman tentangnya. Saya memohon sangat2 agar pak cik dapat membantu saya dalam membuat kajian ini.

Sekian.
Asnul Hisyam A.Samad

Jawapan
Tahniah, adik telah nampak betapa berpotensinya bidang industry ini. Sesungguhnya R&D dalam bidang ini teramatlah kurang di negara kita semuga niat yang baik itu dimakbulkan Allah. Terima kasih…

Advertisements

Posted on 22 February, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: