Burung walit dan burung layang-layang dua spesies yang berbeza.


Keliru antara burung laying-layang (kapinis) dengan burung walit menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap industry burung walit. Kedua-dua spesies ini mempunyai perbezaan yang ketara.

Kedua-duanya terdiri daripada Kingdom yang sama iaitu haiwan (animal).Tetapi berada dalam order dan family yang berbeza. Burung walit dalam Order Apodiformes. Manakala burung laying dalam order Passerines. Burung walit berada dalam family Swift manakala burung laying-layang dalam family Swallow.

Burung walit termasuk dalam Genus Aerodramus manakala burung laying-layang dalam Genus Hirundo Tahitica dan Hirundo Rustics. Burung walit tinggal didalam habitat semula jadi dan tidak suka berimigrasi manakala burung laying-layang selalu berimigrasi. Walau bagaimana pun kedua-duanya hidup secara berkoloni dan berkumpulan bila keluar mencari makanan.

Burung walit mempunyai kaki yang lemah dan tidak mampu bertenggek diatas objek. Oleh itu ia tidak pernah hinggap dimana-mana melainkan didalam habitatnya.. Semasa menyambar makanan yang terdiri dari serangga yang terbang burung walit, akan mati jika ia terjatuh ketanah. Jika terjatuh ia tidak mampu lagi melonjakkan badannya untuk terbang. Berbeza dengan burung laying-layang yang mempunyai kaki yang kuat dan dapat bertenggek diatas objek. Burung laying-layang juga mendapat makanan dengan menyambar serangga yang terbang. Walau bagaimana pun burung laying-layang mampu menangkap serangga yang merayap didahan pokok dan diatas tanah. Ini tidak berlaku kepada burung walit.

Semasa tinggal didalam habitat burung walit berada dalam sinaran cahaya yang suram kira-kira remang-remang cahaya dua batang lilin. Dalam cahaya beginilah burung walit membuat sarang. Burung laying-layang membuat sarang di kawasan yang terang seperti disekitar kaki lima bangunan. Keadaan inilah yang akan mengotorkan bangunan. Burung walit tidak mengotorkan bangunan kerana semasa berlegar disekililing RBW ia tidak membuang najisnya. Daun-daun pisang jika ditanam disekitar rumah walit tidak akan dikotori dengan najis walit.

Burung walit membuat sarang untuk membiak menggunakan air lior atau suliva kadang-kadang terdapat juga campuran yang lain seperti bulu-bulunya sendiri. Manakala burung laying-layang membuat sarang menggunakan rumput, sapah sarap, tanah dan lain-lain. .

Burung walit mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi manakala burung layang-layang tiada langsung nilai komersialnya. Malah menjadi masalah dikawasan Bandar kerana mengorkan najisnya dikaki lima bangunan. Sarang burung walit boleh digunakan sebagai makanan yang berkhasiat. Manakala air bekas cucian sarang burung walit boleh dijadikan aroma dalam rumah burung dan najisnya yang terkumpul dalam habitat dan RBW boleh dijadikan baja…

Posted on 20 February, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: