Suratan takdir telah menentukan segalanya. Pembudidaya walit yang berjaya sememangnya telah ditentukan rezeki untuknya.

Pembudidaya burung walit yang berjaya adalah dikalangan mereka yang bersabar dalam usaha mereka. Sabar menerima kritikan. Saya masih ingat dua tiga tahun yang lalu bila saya bercakap dengan beberapa orang kontraktor kecil bumiputera Melayu agar melabur dalam industry walit. Kebanyakan mereka mengatakan tidak yakin boleh Berjaya. Pada ketika itu anggapan mereka membudi daya walit adalah kerja yang membazir. Maklumlah tidak ramai orang melayu yang telah membuktikan keberhasilannya.

Dua hari yang lalu saya bertemu kembali dengan salah seorang daripada mereka yang telah membina rumah burung walit kerana percaya dengan cakap saya dahulu. Katanya sekarang barulah saya faham apa yang En. Jahani katakan dahulu. Bahawa pelaburan dalam industri walit ini lebih baik daripada melabur dalam bidang yang lain seperti kelapa sawit dan sebagainya. Sebagai contoh katanya, jika kita tanam kelapa sawit bila pokok mencapai umur 25 tahun kena tanam semula. Sebaliknya sarang burung walit sekali buat pelaburan boleh diwarisi hingga keanak cucu. Inilah yang dikatakan pelaburan bijak. Terima kasih kerana membuka minda saya dahulu.

Begitulah keadaannya bila manusia itu dibuka minda yang selama ini terlindung dari pengetahuannya. Kerana dalam hidup ini tidak semua perkara yang kita tahu. Hidup memerlukan orang lain untuk membantu kita. Bahagian yang terlindung dalam diri kita memerlukan orang lain untuk menyedarkan kita. Kadang-kadang sememangnya kita tidak menyedari tentang potensi yang ada pada diri kita sehinggalah kita disedarkan oleh orang lain.

Perkara-perkara yang umum tentang diri kita tidak memerlukan orang lain untuk menyedarkan kita, kerana kita sendiri sedar dan kenal tentang diri kita. Begitu jigalah orang lain mereka juga Nampak yang yang ada pada diri kita. Dalam situasi ini kita tidak memerlukan orang lain untuk dijadikan cerminan diri seseorang kerana kita sedar dan arif tentang apa yang ada pada diri kita. Ini adalah perkara-perkara yang umum sahaja.

Pada diri seseorang juga terdapat suatu lagi keadaan dimana hanya kita sendiri yang tahu tentang diri kita. Rahsia hidup kita tiada orang lain yang tahu melainkan kita sendiri. Berapa kali sudah kita gagal dalam usaha kita, hanya kita seorang yang lahu. Perkara-perkara buruk dan negative yang pernah kita lakukan hanya kita seorang yang tahu. Orang lain tidak berhak untuk mengetahuinya. Inilah yang ditakan rahsia diri. Ini jugalah maruah diri kita.

Terdapat satu lagi keadaan dimana kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku terhadap diri kita. Orang lain juga tidak tahu tentang diri kita. Yang maha mengetahui hanyalah Allah SWT. Jodoh pertemuan kita tdak tahu. Ajal maut juga kita tidak tahu melainkan Allah. Begitu jugalah rezeki telah ditentukan oleh Allah. Jika telah ditetapkan menjadi rezeki kita, bila sampai masa dan ketikanya tetap Allah akan berikan kepada kita.

Rezeki pembudidaya walit telah ditentukan oleh Allah. Sebab itu seorang pembudidaya walit tidak boleh angkuh dan takabur. Takut-takut nanti Allah tarik semula rezeki yang hendak Allah berikan kepada kita. Sesungguhnya dunia ini hanya pinjaman sementara sahaja. Jika Allah nak beri dia akan beri dalam berbagai cara yang mana kita tidak pernah terfikir sebelum ini. Suratan takdir telah menentukan segalanya..

Posted on 3 February, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: