Agensi kerajaan mana yang terlibat dalam menyediakan bantuan atau peruntukan untuk membina RBW (Rumah Burung Walit) ?

E-mail bertanyakan mengenai pembiayaan membina rumah burung walit : Assalamualaikum En. Jahani saya dari Pahang dan menetap di Kajang, saya ingin bertanya. Memandang kan kos untuk membina rbw ini terlalu tinggi. Ada tak agency atau badan-badan kerajaan menyediakan pinjaman untuk membina rbw. Jika ada bagaimana utk memohon

Menurut posting dari En. Jahani pihak kerajaan akan meluaskan perniagaan sarang burung walit ini dan menyediakan dana kerajaan di Agro Bank saya ingin bertanya bagaimana utk memohon dana ini. Utk pengetahuan tuan saya telah mengikuti satu kursus perniagaan sarang burung walit di luala Lumpur awal tahunn ini anjuran Bina Agro Nusantara (BAN) dan amat memahami pulangan pelaburan melalui bisnes ini.

Sekiranya saya ingin membina rbw ini di Rantau Panjang Kelantan (Kg my wife) dan igin meggunakan ingin menggunkan khidmat En. Jahani and the gang, boleh kah En. Jahani and the gang ini turun ke Rantau Panjang?. Sekian, Mohd Sham bin Selamat.

Jawapan saya.

Terima kasih kerana menhubungi saya seperti e-mail daiatas. Semoga hasrat tuan untuk membina sebuah RBW dimakbulkan Allah suatu hari nanti. Bak kata orang tua-tua hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih. Saya percaya saudara Mohd Sham cukup yakin tentang industry burung walit ini. (Mungkin selepas menghadiri kursus dengan BAN. Syabas dan takniah kepada penganjur kursus yang berjaya membuka minda peserta tentang potensi industry burung walit.

Minat sahaja tidak cukup jika tidak disertakan dengan kesungguhan. Memang benar seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan buget Negara tempug hari. Kerajaan akan meningkat usaha untuk member nilai tambah dan nilai tinggi kepada industry asas tani dengan menyediakan peruntukan yang besar. PM ada menyebut dalam pembentangan tersebut mengenai sarang burung walit. Kalau tak silap RM 149 juta disediakan.

Persoalannya bagaimana peruntukan ini disalurkan. Adakah ianya disalurkan melalui jabatan kerajaan atau lain-lain agensi kerajaan yang ada, Seperti Lembaga Pertubuhan Peladang. RISDA dan sebagainya. Jika disalurkan melalui jabatan kerajaan seperti Jabatan Veterina atau Jabatan Pertanian saya rasa jumlahnya tidaklah besar untuk orang perseorangan. Jika ada pun mungkin dalam bentuk bantuan teknikal atau sokongan sahaja. Jika bantuan untuk PPRT atau rakyat termiskin saya rasa ia boleh diuruskan oleh Jabatan Kerajaan. Oleh itu bantuan untuk projek secara komersial susahlah.

Bulan lepas saya ada bercakap dengan kawan saya Pengurus Agro Bank di Perak. Beliau memberitahu saya Agro Bank ada menyediakan pinjaman untuk membina RBW. Dua tiga tahun yang lepas saya dimaklumkan pinjaman untuk membina RBW tidak ada dalam senarai projek dibawah Agro Bank. Tetapi hari ini dah boleh dah. OK lah tu. Mungkin anda juga berani untuk meminjam dengan Agro Bank.

Sepatutnya saudara kan dah hadir kursus dengan BAN , maka tak perlu guna khidmat orang lain lagi. Jika dah hadir kursus tapi tak dapat ilmu macam mana nak bina rumah burung yang Berjaya. Kursus apa namanya tu ?…. wallahualam. Kesian juga kepada peserta kursus. Kursus bukannya free.

Tentang pelawaan saudara kepada saya and the gang bolehlah saudara berhubung dengan saudara Zabri. Kerana beliau pegawai perhubungan kami.

Sekian Terima kasih.
Jahaniwalit.com.

Posted on 29 November, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: