Mengapa pelaburan RBW lebih baik daripada pelaburan yang lain.

Saya menerima e-mail dari seorang sahabat yang bertanyakan tentang pelaburan rumah walit serta hasilnya..

Ass,mualaikum , Tuan Haji , saya Kamal dari kuala lumpur, masih ingatlahkah lagi saya. saya ingin mendapatkan pandangan tuan , adakah menjalankan projek RBW satu pilihan yang bijak. dan yang 2. berapa lamakah hasil yang boleh diperolehi selepas RBW telah beroperasi..
sekian terima kasih..

Sebelum menjawab soalan saudara Kamal terlebih dahulu saya memohon maaf kepada pembaca kerana lewat membuat posting blog ini. Minggu ini saya berada di Genting kerana menghadiri seminar. Sekembalinya dari seminar computer pula bermasalah. Selepas repair hari ini nampaknya dah ok..

Sempena dengan sambutan hari Raya Aidil Adha saya dan keluarga mengambil kesempatan disini mengucapkan selamat menyambut hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam. Semuga ibadat korban yang dilakukan pada tahun ini diterima Allah..

Buat saudara Kamal apa khabar , semuga saudara berbahagia selalu. Pada saya projek yang terbaik untuk membuat pelaburan ialah projek Rumah Burung Walit. Mengapa projek RBW ?. Apa lagi projek yang paling minima risikonya selain daripada projek walit. Pelaburan saham untungnya besar tetapi risikonya juga besar. Berapa ramai pelabur yang bankrap kerana saham mereka jatuh menjunam. Ingatkah lagi pada krisis ekonomi global. Bank pun jatuh bankrap..

Melabur dalam simpana tetap. Memang tiada risiko tetapi. Keuntungannya tidak besar. Samalah juga pelaburan dalam saham amanah. Dividen tahunannya tidaklah besar.

Manakala pelaburan dalam projek ekonomi yang lain khusus projek-projek industri seperlu perkilangan, perladangan dan penternakan memerlukan overhead kos yang agak tinggi. Sekiranya modal pusingan tidak mencukupi projek tersebut akan kantol.

Dengan itu apa lagi projek projek yang tidak memerlukan overhead kos selain daripada projek RBW. Pelaburan modal hanya sekali, untuk membina bangunan RBW atau mengubahsuai rumah kedai untuk dijadikan RBW. Manakala overhead kosnya hamper tiada. Jika ada pun ianya sangat kecil ia itu kos eletrik untuk system audio dan kos air untuk kelembapan bangunanan sahaja. Jika ada kos yang lain adalah untuk maintenance dan jaga bagi menjaga keselamatan.

Berapa lama ia boleh mendapat hasil daripada pelaburan. Soalan ini sangat subjektif kerana ia dipengaruhi oleh banyak factor. Pengalaman kami di Terengganu, rumah burung yang didirikan dilokasi perumahan atau lokasi hunian dan lokasi perburuan. Tempuh satu tahun selepas operasi telah berjaya mendapat kutipan hasil yang pertama. Walau bagaimanpun ia bergantung juga kepada spesikasi RBW yang didirikan. Jika speknya betul insyaAllah cepatlah dapat hasilnya.

Namun begitu rezeki Allah yang menentukan segalanya. Semuga anda membuat keputusan yang betul. Kalau saudara nak berkongsi dengan saya pun boleh. Saya mempunyai tanah dalam lokasi perburuan di Hulu Terengganu. Terdapat RBW yang beroperasi tidak sampai satu tahun pun telah beroperasi. Sekian terima kasih.

Posted on 25 November, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: