Kaedah penanaman pokok karas diladang

Kaedah penanaman pokok karas yang disyorkan adalah dengan jarak penanaman 3 meter x 3 meter menghasilkan jumlah tanaman pada lebih kurang 1,000 pokok sehektar bergantung kepada topografi kawasan. Bagi kawasan berbukit yang memerlukan pembinaan teres jumlah tanaman sehektar adalah kurang dari 1000 pokok iaitu lebih kurang 600- 700 pokok sahaja.

Kaedah penanaman pokok karas adalah bermula dari pembersihan kawasan hingga ke penanaman pokok serta penyelenggaraan ladang.

a) Peringkat permulaan, tanah seeloknya dibersihkan dari semak samun dan tanah digemburkan. Untuk sehektar tanah, penjarakkan 3 meter x 3 meter membolehkan sebanyak 1,000 pokok ditanam.
b) Penandaan jarak lubang dilakukan sebelum proses penggalian. Lubang digali berdiameter 0.5m dan pada tahap kedalaman 0.5m. Baja kompos organik digunakan untuk membantu mempercepatkan pembesaran anak karas.
c) Pancang kayu digunakan untuk mengelakkan anak pokok senget semasa proses pembesaran.
d) Semakin besar anak pokok, penjagaan semakin berkurangan. Elakkan penggunaan baja yang terlalu kerap kerana pokok yang terlalu subur akan mengurangkan hasil gaharu.

Anak pokok dikeluarkan dari politena bag dan dimasukkan ke dalam lubang yang digali dengan keluasan diameter dan kedalaman 0.5 meter. Tanah dipermukaan dipadatkan dengan tangan untuk memastikan akar bersentuhan rapat dengan tanah dan elakkan pengaliran air di permukaan (surface water). Baja CIRP sebanyak 40 – 50 gm digunakan semasa proses penanaman.

Posted on 24 November, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: