Peranan kayu sirip dalam menghasilkan sarang gred super

Design rumah burung walit yang menepati spesifikasi adalah salah satu faktor sukses . Tidak ada jalan pintas untuk sukses. Terdapat banyak faktor-faktor lain yang boleh membantu pembudidaya untuk sukses dalam industri ini.

Keperluan asas rumah burung walit adalah kayu sirip atau kayu plank yang dipasang dalam nesting room. Jenis kayu yang paling popular digunakan adalah dark red meranti. Adakah dengan tidak menggunakan dark red meranti burung walit tidak membuat sarang ?. Ini adalah suatu persoalan yang sukar dijawab. Kajian menunjukan bahawa burung walit juga bersarang didinding simen dan juga pada kayu rasuk yang bukan dari jenis dark red meranti. Mengapa dark red meranti kena memerlukan perbincangan yang panjang.

Daripada lubang masuk walit akan membuat putaran ikut pusingan jam atau lawan pusingan jam. Putaran ini dilakukan beberapa kali dikawasan roving (roving room) macam lobby hotel gitu. Keluasan roving yang selesa bagi walit untuk membuat putaran ialah 15′ X 15′ atau 25 meter persegi.

Setelah berputar dalam kawaan roving walit akan menempel diri pada kayu sirip yang dipasang dikawasan nesting room untuk berehat atau menginap. Disinilah peranan kayu plank dalam membudidaya burung walit. Design kayu plank juga penting. Bagaimana untuk menyusun kayu plank. Susunan kayu plank akan mempengaruhi gred sarang yang dihasilkan. Jika susunan kayu plank banyak berpetak akan menghasilkan banyak sarang bucu. Harga sarang bucu ini adalah separuh gred sarang super. Walau bagaimana pun kedudukan bucu ini sangat digemari oleh walit. Keadaan bucu memudahkan walit membuat sarang. Namun begitu anda kerugian separuh harga. Anda untung dari segi kuantiti tetapi rugi dari espek kualiti.

Sesetengah pembudidaya berpendapat tidak ada ruginya kerana yang penting adalah nilai wang akan diterima. Apa gunanya cantik tapi sedikit. Sedangkan jika nilai rendah sekali pun kualti banyak hasilnya sama juga ,

Bagaimana pula jika kayu plank yang disusun bertingkat seperti kedudukan tangga yang diterbalikkan,
Kaedah ini dapat menambahkan saiz atau area nesting plank yang lebih luas. Dengan itu lebih luas kawasan yang digunakan untuk bersarang. Design melintang atau membujur juga akan mempengaruhi walit membuat sarang. Memasang kayu plank melintang atau membujur perlu mengambil kira kedudukan lubang masuk dan roving room.

Walau bagaimana pun untuk memuaskan hati anda tanyalah pakar yang berdekatan dengan anda.

Posted on 19 November, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: