Keajaiban yang berlaku dalam bisness sarang burung walit.

Percayakah anda bahawa saya menemui suatu keajaiban dalam bisness sarang burung walit. Keajaiban ini sukar untuk saya rungkaikan dalam tulisan ini. Mengapa urusniaga sarang burung walit berlaku dalam bentuk tunai. Bisness yang bernilai jutaan ringgit ini tidak pernah berlaku dalam bentuk kredit juga tidak berlaku dalam bentuk bankdraf. Penggunaan cek juga tidak berlaku. Bisness apakah lagi yang masih menggunakan traksaksi konvesional dengan menggunakan mata wang tunai. Ringgit Malaysia atau USD. Hanyalah business sarang burung walit sahaja. Tanyalah pada siapa yang terlibat dalam industri ini.

Tidak kah ini suatu keajaiban yang terjadi dalam bisness sarang burung walit ini. Dengan pengetahuan cetek yang saya ada tidak mampu untuk memecahkan persoalan ini. Bukan itu sahaja yang menghairankan saya. Harga sarang burung walit tidak pernah jatuh dalam pasaran. Kuantinya tidak pernah mencukupi. Permintaan sentiasa melebihi penawaran yang ada. Tidak hairanlah jika ia menjadi rahsia taukeh-taukeh Cina yang kaya raya.

Saya percaya bahawa situasi ini akan berterusan kerana bentuk perniagaan berada dalam sistem konvesinal yang tidak dipengaruhi oleh sistem bank moden. Tiada sama sekali transaksi yang berlaku dalam talian atau online. Berapa jumlah sebenar transaksi yang berlaku juga tidak diketahui.oleh pihak berkuasa. Berapa pula tarif atau duty eksport yang dapat dikutip oleh negara.

Walaupun nilai transaksi yang dikalangan trader dan pemborang tempatan bernilai ratusan ribu ringgit, malah hingga mencapai angka jutaan ringgit. Percaya atau tidak dari maklumat yang saya perolehi mereka ini tidak pernah mengeluarkan resit atau bill jualan. Tidak kah ini suatu yang ajaib.

Buat apa nak fikir hingga ketahap itu…yang penting rumah burung yang kita buat burung walit masuk untuk bersarang. Bila sampai masanya kita pungut dan ada pula pembeli. Siapa yang beli tak perlu kita usul sampai keakar umbi. Yang penting pembeli bayar kita secara tunai. Apa yang perlu kita fikir bagaimana nak buat jika rumah burung yang kita bina burung tidak masuk. Atau burung masuk tetapi tidak bersarang.

Posted on 19 November, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: