Pak Jeff the group berjuang megubah status ekonomi bangsa Melayu

Pak Jeff yang saya kenali adalah seorang yang dahagi melaksanakan kerja yang diceburi beliau. Dahulu beliau adalah seorang peminat ayam seri rama. Ketika itu cakap apa sahaja tentang ayam seri rama, maka beliau boleh dianggap pakar oleh rakan-rakannya. Saya sebenarnya mengenali Pak Jeff kira-kira 12 tahun yang lalu. Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang komputer. Seorang yang rajin dan tekun. Kadang-kadang beliau rela kurang tidur dalam membuat penyelidikan serta mencari maklumat berkaitan dengan kerja yang beliau ceburi.

Berkongsi minat yang sama saya dan Jeff berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam industri burung walit. Bermula dengan membongkar rahsia rumah gelap kami mencari ilmu hingga ke Indonesia. Berseminar dan berkursus dengan pakar dalam bidang membudidaya burung walit. Seorang yang cepat belajar dan dahagikan ilmu pengetahuan, saya cukup menghormati Pak Jeff kerana dapat menguasai bidang ini dengan cepat. Dalam kumpulan kami Pak Jeff dan pakar suara burung walit dan juga aroma. Ini adalah tugasan khusus yang kami amanahkan pada Pak Jeff. Manakala Zabri terlibat dalam espek pembinaan dan reka bentuk rumah walit.

Tujuan kami adalah untuk membantu sesiapa sahaja yang berhasrat untuk membina rumah walit dengan spesifikasi yang betul. Kami akan cuba membantu sebagai runding cara dengan membekalkan kepakaran yang kami miliki. Tidak mudah sebenarnya untuk membina rumah burung yang berjaya. Banyak espek teknikal yang perlu diambil kira. Saiz rumah burung yang besar belum tentu ianya berjaya. Begitu juga rumah burung yang kecil pun boleh berjaya. Terdapat keadaan dimana rumah burung yang seluas bilik tidur pun boleh berjaya dengan baik. Malah terdapat rumah burung yang bersaiz bangunan sekolah pun belum tentu berjaya.

Begitulah keadaan yang usaha kami untuk menarik minat dan kesedaran kaum bumiputera khususnya orang Melayu di Malaysia sedikit sebanyak telah membuahkan kejayaan. Diatas rasa ingin membantu tersebut kami rela memberi seminar percuma seperti yang pernah kami adakan dihulu Terengganu pada tahun lepas. Alhamdulillah hari ini di Terengganu ramai orang-orang Melayu yang telah berjaya memiliki rumah burungnya sendiri. Tak hairanlah jika dahulunya seorang tukang paip hari ini sudah menjadi usahawan walit dengan pendapatan empat angka sebulan.

Walaupun terdapat dikalangan pihak-pihak tertentu yang tidak mengiktiraf kami sebagai pejuang agama, bangsa dan tanah air. Namun begitu saya yakin suatu hari nanti mereka akan berterima kasih kerana usaha kami yang sedikit ini telah mengubah nasib mereka dalam bidang ekonomi yang berprestasi tinggi ini.

Andai kata anda memerlukan bantuan dan khidmat kami bolehlah menghubungi saya, Jeff atau Zabri. Kami bersedia membantu. Untuk catatan terdapat rumah burung yang gagal selama empat tahun telah berjaya kami pulihkan dan hari ini Pak Jeff telah mengutip sarang walit dari rumah kelolaanyan di Besut Terengganu. Pemilik rumah burung tersebut tersenyum girang. Apa tidaknya jiran mengelarnya sebagai orang kaya baru. Kehadiran burung walit hampir menyamai dengan rumah burung walit yang terdapat di Bandar Jertih yang diusahakan oleh kaum cina. Tahniah kepada Pak Jeff dan kumpulannya.

Posted on 16 November, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: