Menjana ekonomi dari perladangan pokok karas.

Hari ini saya nak alih perhatian penjengok setia daripada memberi fokus kepada industri burung walit kepada prospek penanaman pokok karas untuk menghasilkan gaharu.

Mengapa kita perlu terlibat dalam penanaman pokok karas ?. Penanaman pokok karas adalah sebagai satu pelaburan jangka panjang dimana penghasilan damar gaharu dapat digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti bahan asas minyak wangi, tujuan perubatan seperti ayurvedic, aromaterapi dan sebagainya.

Bekalan gaharu dari sumber asli semakin berkurangan dan penanaman secara ladang dapat menambahkan kadar bekalan gaharu yang semakin mendapat permintaan yang tinggi dari negara-negara timur tengah dan Pasific.

Andainya perladangan karas dilaksanakan disesuatu kawasan ia dapat meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat melalui peluang-peluang pelaburan dan pekerjaan disamping dapat menaikkan ekonomi negara melalui hasil eksport minyak dan kayu gaharu.
Perladangan karas akan dapat mengurangkan pencerobohan hasil hutan dengan adanya bekalan yang lebih mudah didapati di ladang dan kebun. Pencerobohan hasil hutan dapat dibendung dengan lebih berkesan.

Kegiatan ekonomi yang boleh dicetuskan dari perladangan pokok karas antara lainnya ialah untuk menghasilkan kayu gaharu dari damar atau resinnya. Industri minyak gaharu diperolehi dari penyulingan serbuk kayu gaharu. Air yang digunakan untuk proses penyulingan tadi boleh dijadikan sabun yang wangi. Habuk atau powder sisa penyulingan tadi boleh diproses pula menjadi stanggi yang selalu digunakan dalam upacara keagamaan. Pucuk dan daun pokok karas boleh dijadikan teh yang berkhasiat. Kulit pokok karas juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan.

Posted on 2 November, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: