Rekabentuk rumah burung walit perlu mengambil kira tabiat semulajadi burung walit

Burung walit nama sainstipik Collocalia fuciphagas sifat tidur Burung walit ini hanya bergayut / bergantung disebabkan oleh kakinya yang lemah atau lembek dan tidak pernah memijak tanah serta tidak boleh bertenggek di dahan seperti burung biasa. Walau bagaimana pun ia mempunyai kuku yang kuat dan tajam. Oleh itu reka rumah burung walit perlu mengambail kira ciri-ciri tersebut. Nesting plank atau kayu sirip yang digunakan perlu memberi keselesaan untuk memudahkannya membina sarang. Jaluran pada kayu sirip perlu disediakan untuk membantu burung walit bergayut.

Sarangnya diperbuat dari serabut-serabut ‘transparent’ air liur (saliva). Suliva ini sangat cair semasa dikeluarkan dari mulut burung berkenaan . Oleh itu bagi anak- anak muda yang baru membuat sarang ia perlu dibantu dengan menyediakan dasar (asas) untuk menempatkan sarangnya dari mengalir kebawah. Selalunya bahan yang digunakan ialah sarng plastik (sarang palsu). kertas kotak atau polystren dan sebagainya.

Lazimnya burung walet membuat sarangnya di tempat gelap dengan kadar cahaya / sinar maksimum 0.02 lux (2 cahaya lilin). Kebanyakkan sarangnya disiapkan dalam masa 45 hari. Burung walet ini tidak begitu besar dengan beratnya antara 50g – 70g manakala panjangnya antara 9cm – 45 cm. Terdapat di dataran yang rendah sekitar 500 meter dari aras permukaan laut dan ia memakan serangga terbang dengan cara menyambar. Spesis ini mampu terbang sehinga 40 jam tanpa henti , tanpa makan dan minum dan ia keluar terbang mencari makanan iaitu serangga pada awal pagi dan balik sebelah petang / malam kerumah yang menjadi tempat huniannya.

Burung walit spesis ini (Collocalia fuciphagas) hanya bertelur dalam jumlah yang kecil iaitu 2 biji dalam setiap masa. Mengikut kajian sepasang Burung Layang Layang dapat berkembangbiak sebanyak 27 ekor dalam masa setahun. Tempoh pengeraman telur ialah sekitar 23 hari. Ia dari jenis burung yang tidak suka berpindah-randah (setia) kecuali habitatnya diganggu.

Posted on 30 October, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: