Gaharu adalah industri yang boleh memberi impak yang tinggi kepada ekonomi dan boleh dimasukan dalam model ekonomi nilai tinggi negara

Gaharu mendapat harga yang tinggi sehingga ada yang mengatakan ia lebih bernilai dari emas. Harganya boleh mencecah sehingga RM14,OOO – RM20,OOO sekilogram untuk kepingan gaharu yang bermutu tinggi. Namun, semua hasil ini diambil dari hutan dan kini realitinya, pokok karas diancam kepupusan.

Dalam model ekonomi baru negara dimana ekonomi traditional yang diasaskan kepada pembuatan diganti dengan ekonomi yang bernilai tinggi. Sektor-sektor yang berupaya memberi impak ekonomi yang tinggi harus diterokai. Pengunaan tanah yang minima tetapi berupaya memberi pulangan yang tinggi boleh memberi impak yang besar kepada ekonomi. Oleh itu industri gaharu dan burung walit adalah dua contoh yang mana penggunaan tanah yang minima tetapi memberi pulangan yang amat besar.

Dalam industri gaharu, seandainya tiada kesedaran untuk penanaman semula, negara kita mungkin tidak lagi dapat mengeksport hasil gaharu yang begitu tinggi permintaannya ke negara-negara Timur Tengah dan juga negara lain seperti Taiwan, Jepun dan sebagainya. Sebaliknya negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Myamar, mereka sudah jauh meninggalkan kita dari segi teknologi dan perladangan pokok karas secara komersil. Ramai di antara kita yang tidak sedar, usaha penanaman pokok karas sudahpun dilakukan oleh beberapa agensi yang ada di beberapa tempat di negara kita, juga penyelidikan dalam penghasilan gaharu melalui kaedah suntikan dan inokulasi juga giat dilaksanakan. Kurangnya pendedahan kepada masyarakat menjadikan industri ini kurang menarik perhatian pengusaha. Berbanding dengan industri kelapa sawit dan getah yang telah cukup matang di negara ini.

Namun, kurangnya pendedahan dan pengumpulan maklumat, ia kurang memberi impak dalam pelaksanaannya. Cadangan beberapa pihak untuk merealisasikan industri gaharu dengan perlaksanaan penubuhan ladang karas komersil di Malaysia amatlah baik dan tepat pada masanya. Walaubagaimanapun kajian lanjut harus dilaksanakan bagi mengetahui kesesuaian dan keberkesanan teknik inokulasi yang menjanjikan hasil gaharu yang bermutu.

Posted on 28 October, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: