Kos untuk membangunkan sebuah Rumah Burung Walit (RBW) di Terengganu

Kos bagi membina Rumah Sarang Burung Walit, tiada kos yang standard. Kos bagi membangunkan RBW bergantung kepada kemampuan kewangan usahawan yang terlibat. Saiz dan tingginya Rumah Sarang Burung Walit akan mempengaruhi kos pembinaan. Begitu juga pengunaan peralatan yang berteknologi tinggi dan terkini juga melibatkan perubahan kos. Namun begitu kos yang boleh dianggarkan untuk membina Rumah Sarang Burung Walit yang lengkap sepenuhnya ialah sebanyak RM200,000.00. Kos ini termasuklah:

a) Membina bangunan konkrit berukuran 20’ X 50’ ketinggian 3 tingkat
b) Pemasangan kayu sirip (nesting plank) – jenis meranti merah
c) Memasang dan menyediakan Sistem Pengudaraan
d) Peralatan Audio sistem untuk suara burung walet luar dan dalam bangunan
e) Aroma di dalam bangunan
g) Memasang sistem Alat Penyembur Kabus, Air berserta sistem Automatik
j) Khidmat nasihat, kepakaran, pemantauan dan penjagaan sehingga berjaya (burung bersarang).

Cadangan diatas bergantung kepada tempat dan kos pembinaan semasa. Walau bagaimana pun sekiranya pengusaha telah mempunyai bangunan kos pengubahsuaian adalah pada kadar yang minima sahaja. Kos yang terlibat seperti kos bagi menutup pintu dan tingkap, merobuhkan bilik-bilik yang sedia ada mengikut kesesuaian, pemasangan nesting plank, audio sistem, aroma dan sistem pengudaraan sahaja.

Saya percaya suatu hari nanti Malaysia akan muncul sebagai negara pengeluar sarang burung walit yang terkemuka didunia. Kesungguhan kerajaan dalam industri ini jelas dalam pembentangan budget oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Advertisements

Posted on 27 October, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: