Bagaimana untuk terlibat dalam industri burung walit?

E-mail daripada Saudara Kamarul. Lenggung, Perak.

Assalamualaikum. saya Kamarul berasal dari Lenggong, Perak. semasa pulang ke kampung isteri di Batu Rakit Terengganu, saya dapat lihat sudah banyak rumah walit dibina di sana. saya mencari informasi dan tertarik dengan tulisan Pak Jahani dalam blog jahaniwalit.com banyak perkara yang ingin saya tanyakan kepada Pak Jahani. tapi rasanya untuk permulaan biarlah sedikit dahulu..asal terjawab. saya amat berminat dengan perumahan burung walit.

Sedikit latar belakang kawasan saya. Daerah Lenggong seperti juga Hulu Terangganu. ada bukit bukit bukau mengelililingi daerah ini. Juga terdapat sungai Perak bersebelahan kampung saya. kampung saya juga terdapat kawasan lapang iaitu sawah terbiar.

Bagaimana saya ingin memulakan perumahan walit ini? bagaimana saya hendak tahu di kawasan saya terdapat burung walit? di mana saya boleh dapatkan rakaman bunyi burung walit dan sistem udionya?. Adakah Pak Jahani ada mengadakan kursus atau seminar berkaitan cara untuk memulakan perumahan burung walit?

Saya amat berterima kasih sekiranya Pak atau ada di antara rakan Pak yang sudi memberi tunjuk ajar atau memberi kebenaran melawat rumah walit yang telah berjaya.

Saya amat berharap Pak Jahani dapat bantu saya. Semoga dapat bertemu di lain email. terima kasih.

Harap maaf kerana saya kurang arif tentang Daerah lain di Malaysia. Daripada peta maklumat taburan walit di Semenanjung Malaysia hampir semua kawasan sesuai untuk industri walit. Khususnya di persisiran pantai Semenanjung Malaysia. Apa yang menariknya di Terengganu habitat semula jadi yang mendiami gua di Pulau-Pulau seperti Pulau Redang bergerak diantara dua lautan ia itu persisiran pantai dan Tasik Kenyir. Sebab itu khabar berita dari kawan-kawan yang membangunkan rumah walit di Daerah Hulu Terengganu, sangat cepat memberi pulanagan.

Saya tidaklah arif sangat tentang walit ini. Saya pun belajar dari mahaguru-mahaguru dalam bidang ini seperti Saudara Sani Wong dari Aeroswift Consultancy Sdn Bhd. Pakar Walit Indonesia yang juga penulis buku “Strategi jitu memikat walet” Pak Hendry Mulia, Indonesia dan Pak Irman Tjadi Indonesia. Dari mereka inilah saya mendalami ilmu berkaitan dengan walit ini.

Saya menulis blog ini bukan untuk tujuan komersial tetapi untuk mebongkar rahsia rumah gelap yang amat asing bagi bangsa Melayu sebelum ini. Semuga blog ini mampu memberi motivasi kepada bangsaku untuk menceburkan diri dalam bidang ini.

Pengalaman saya membangunkan rumah walit bukan sesuatu yang mudah seperti cerita diatas meja. Bila kita buat sendiri baru tahu susah payahnya. Bertitik tolak dari situ kita belajar dari pengalaman. Bila saya bersama rakan-rakan melihat terdapat orang-orang melayu di Terengganu yang mencuba dalam bidang ini kurang bernasib baik jadi kami cuba membantu mengelolakan rumah burung mereka yang gagal. Alhamdulllah usaha saya dan rakan-rakan berjaya. Secara kebetulan saya mempunyai rakan yang terlibat dalam trading sarang walit ini. Kaum cina pun ada yang menjual sarang kepada beliau.

Sebelum membangunkan rumah burung saudara perlu membuat ujian lokasi terlebih dahulu.Ini dapat dilakukan dengan membunyikan suara memanggil walit dilokasi cadangan. Waktu yang sesuai adalah pada waktu pagi dan petang. Buat masa sekarang kami belum bercadang untuk menganjurkan seminar atau kursus . semuga niat saudara untuk terlibat dalam industri ini akan berjaya. Terima kasih.

Posted on 22 October, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: