Walit bertuah berbanding dengan manusia

Bila berlaku bencana alam seperti di Padang baru-baru ini saya yakin banyak juga rumah walit yang turut runtuh. Namun nasib walit tidaklah malang seperti nasib manusia. Binatang biasanya telah mendapat isyarat awal kemungkinan berlakunya bencana. Ada kemungkinan walit akan berpindah awal sebelum bangunan huniannya runtuh menyembah bumi.

Keupayaan walit yang boleh terbang 40 jam tanpa makan minum adalah sifat istimewa burung walit. Adalah tidak mustahil walit akan mencari kawasan baru untuk huniannya. Tidak mustahil mereka akan berhijrah hingga ke Malaysia.

Manusia pula pasal duit sanggup buat apa sahaja. Demi wang manusia sanggup melabur berjuta ringgit untuk membina rumah bagi dihuni oleh walit. Manusia berlumba-lumba untuk menyediakan tempat burung walit berlindung. Bagaimana dengan penduduk padang yang terjejas teruk kerana gempa bumi yang berlaku ditempat mereka. Nasib mereka tidak sebaik nasib walit tadi.

Bagaimana dengan keluhan mangsa-mangsa bencana alam di merata-rata ceruk dan sudut dunia ini. Begitu juga akan mereka-mereka yang dhaif dan hidup melarat tanpa perlindungan dari segala bala bencana. Tak ada siapa pun ingin membina rumah untuk mereka. Sekadar teratak buruk pun tiada siapa yang mahu dirikan. Ya lah.. kalau bina pun, bukannya mendatangkan apa-apa keuntungan….gitu gamaknya…

Advertisements

Posted on 20 October, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: