Lokasi perburuan dan lokasi hunian sangat sesuai untuk dibangunkan rumah walit

Rumah walit yang kecil berukuran 20 kaki X 18 kaki dengan ketinggian 1 tingkat sahaja telah menghasilkan pulangan yang lumayan kepada pengusahanya. Rumah walit ini baru hanya setahun dibangunkan.Berbanding dengan rumah walit yang dibangunkan sejak tahun 2006 dengan saiz yang cukup besar denagan kos yang melebihi 500K belum mendapat hasil yang memuaskan. Mengapa terjadinya situasi seperti ini?. Persoalan begini sukar untk dihuraiakan kerana ianya dipengaruhi oleh beberapa faktor.

Terdapat tiga lokasi utama dalam membudidaya rumah walit. Lokasi-lokasi tersebut ialah lokasi hunian atau kawasan perumahan. Dimana lokasi ini telah banyak rumah walit dibangunkan sejak bertahun-tahun yang lalu. Burung-burung walit yang keluar mencari makan akan kembali kelokasi ini selepas keluar memburu makanan. Lokasi kedua ialah lokasi perburuan atau lokasi pemakanan. burung walit yang keluar daripada kawasan hunian menuju lokasi perburuan untuk mendapatkan makanan. Manakala lokasi ketiga adalah lokasi laluan yang menjadi highway burung walit berulang alik untuk mencari makanan dan penginapan.

Ketiga-ketiga loksi ini sesuai dibangunkan rumah walit. Namun begitu hanya dua lokasi didapati sangat sesuai untuk dibangunkan rumah walit yang sukses. Walau bagaimana ia juga bergantung kepada design dan kondisi dalaman. Lokasi laluan juga sesuai dibangunkan rumah walit. Namun kadar keberhasilannya agak lambat berbanding dengan lokasi hunian dan lokasi perburuan.

Di Terengganu lokasi hunian adalah bandar Kuala Terengganu. Manakala lokasi perburuan adalah kawasan Kuala Berang. Lokasi laluan adalah diantara keduanya. Dalam kes diatas rumah burung yang berukuran 20X18 cepat berhasil kerana ia dibangunkan dikawasan perburuan. Sedangkan yang besar tadi dibangunkan dikawasan laluan.

Saya dimaklumkan oleh seorang sahabat di Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu bahawa terdapat usaha dibawah program pembangunan ekonomi ECER untuk membangunkan kawasan perumahan baru untuk walit dilokasi luar kawasan bandar Kuala Terengganu. Dengan harapan kawasan tersebut akan menjadi kawasan hunian baru untuk walit. Ini adalah salah satu alternatif bagi memindahkan industri walit dari kawasan hunian asal di kawasan Bandaraya Persisir Air Kula Terengganu ke Kawasan luar Bandar.

Advertisements

Posted on 19 October, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: