Mengapa perladangan gaharu memerlukan spesis yang tepat dan sesuai dengan bahan inokulasi yang digunakan.


Resin gaharu yang terjadi dalam pokok karas yang terhasil daripada tindakbalas kimia sama ada secara semula jadi atau secara paksaan melalui inokul;asi begitu mahal sehingga boleh mencecah sehingga RM14,000 – RM20,000 perkg untuk kepingan gaharu yang bermutu tinggi dan RM50,000 seliter bagi minyak yang diperolehi melalui proses sulingan. Hasil lawatan rombungan daripada Terengganu ke ladang gaharu di Vietnam untuk melihat ladang gaharu, kaedah inokulasi, penghasilan gaharu dan minyak serta produk dari gaharu yang dipasarkan oleh Vietnam menunjukkan bahawa perladangan gaharu hendaklah menggunakan spesis yang tepat.

Malaysia patut menoleh ke negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam. Mereka sudah jauh meninggalkan kita dari segi teknologi dan perladangan. Kekurangan maklumat yang tepat dan modal asas yang tinggi untuk membuat ladang gaharu menyebabkan industri ini kurang diminati. Penglibatan pihak swasta dalam perladangan gaharu sangat terbatas kerana industri ini belum lagi matang sebagaimana industri kelapa sawit dan getah. Agensi-agensi kerajaan pula masih lagi dalam peringkat kajian dan percubaan. Walau pun penanaman pokok karas sudahpun dilakukan oleh beberapa pihak secara kecil-kecilan namun ia masih dalam peringkat percubaan.. Penyelidikan dalam penghasilan gaharu melalui kaedah suntikan giat dijalankan. Namun kejayaannya masih belum pasti.

Mulai tahun 2008 , Syarikat ACS Synergy Sdn. Bhd telah berusaha membawa masuk teknologi dalam penghasilan gaharu ke negara kita dari Vietnam. Usaha menjemput Mr Huy yang merupakan pakar innokulasi penghasilan gaharu dan pakar anak pokok gaharu Vietnam dibawa ka Malaysia. Beliau telah terlibat dalam Industri gaharu lebih 25 tahun.

Penanaman pokok karas secara ladang perlu mengambil kira beberapa faktor seperti pemilihan anak benih, jarak tanaman, kaedah tanaman, kaedah suntikan dan pasaran. Ia harus dinilai untuk mendapatkan hasil yang maksima selepas 5 -7 tahun pelaburan. Pertamanya, pemilihan anak benih sering menjadi persoalan. Ada yang mengatakan spesis X lebih baik dari spesis Y dan ada yang sebaliknya kerana ia lebih popular dan murah atau lebih mahal. Seharusnya kita meneliti semula beberapa kajian. Pokok karas sebenarnya mempunyai method yang berbeza dengan pokok lain. Pokok yang sihat dan membesar dengan cepat menghasilkan resin gaharu yang sedikit berbanding pokok yang sakit dan diganggu. Ia sebenarnya selari dengan kejadian semulajadi gaharu di dalam hutan. Pokok yang berada di kawasan berbatu dan mengalami tindakbalas kecederaan yang teruk menghasilkan gaharu yang lebih bermutu. Kita juga harus melihat kepada permintaan pasaran iaitu spesis manakah yang menjadi pilihan pembeli dan mempunyai harga yang tinggi. Spesis Aquilaria Agallocha Roxb (AAR) merupakan spesis yang mempunyai nilai komersil yang tinggi ( kajian pasaran:www.thechimhyang.co.kr/eintro.html).

Manakala kaedah penanaman iaitu jarak penanaman 6″ x 6″ atau 10″ x 10″ menghasilkan jumlah tanaman pada 500 pokok atau 1,000 pokok seekar. Penanaman secara intergrasi dengan getah dan kelapa sawit adalah lebih meminimunkan risiko malahan memberi pulangan jangka pendek yang boleh menampung kos keseluruhan. Sulaman boleh dilakukan dengan tanaman herba dan tanaman kontang. Jarak yang sesuai harus dilihat. Selepas pokok karas mencapai usia 3 -5 tahun, suntikan sejenis microorganism dilakukan untuk penghasilan gaharu dan dibiarkan selama enam bulan hingga dua tahun sebelum mendapat hasil.

Perlu diingatkan, tanpa teknologi ini pokok karas tidak akan membentuk damar gaharu di dalamnya. Berbeza dengan pokok semulajadi, gaharu terbentuk pada usia pokok 20 – 40 tahun melalui gangguan fizikal atau microrganisme. Kerana itu bagi tanaman gaharu secara ladang species A. Agallocha Roxb sahaja yang diketahui kini mampu menghasilkan gaharu dan minyak bermutu tinggi yang mendapat pasaran peringkat antarabangsa. Maklumat lanjut boleh didapati pada carian google “DO BAU HUONG”.

Pengalaman Syarikat Do Bau Huong menunjukkan setiap pokok menghasilkan gaharu bernilai di antara RM 4,000 – RM10,000. Mungkin tidak keterlaluan jika kita meletakkan RM2,000 sahaja untuk sepokok yang menghasilkan gaharu. Bayangkan anda menanam 1,000 pokok dan anda berpeluang menjadi jutawan, InsyaAllah. Malahan jika hanya 50% sahaja yang menjadi, jumlah pendapatannya masih lumayan! Akan tetapi kita perlu menilai samaada spesis yang ditanam dan kaedah suntikan yang di buat itu telah berjaya atau diperingkat percubaan.

Advertisements

Posted on 14 October, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: