Kod rahsia rumah walit sukses

Semasa permulaan saya mengetahui rahsia rumah walit dari seorang kenalan di Sungai Petani, Kedah saya sangat kagum bagaimana burung liar boleh dijinakkan sehingga mampu menarik atau mengarahkannya untuk masuk dan mendiami tempat yang disediakan. Masakan tidak burung yang tidak boleh ditangkap boleh datang kerumah yang dibina sewenang-wenangnya.
Pasti ada rahsianya yang tersendiri. Namun kini segalanya telah terbongkar bahawa rumah gelap sudah tidak menjadi rahsia lagi. Dari rumah gelap tersebut pemiliknya berjaya mengutip ratusan ribu sekali pungutan sarang. Dua bulan lepas saya berbual dengan seorang pembeli aktif sarang walit. Menurut beliau anggaran burung walit yang mendiami Bandar Raya Persisir Air Kuala Terengganu lebih kurang 300,000 ekor. Ini adalah berdasarkan pungutan sarang burung di sekitar Kuala Terengganu lebih kurang 1 ton sebulan.
Terdapat rumah burung yang meningkat secara mendadak dan ada juga yang agak perlahan. Mengapa pertumbuhan populasi burung walit berbeza sebuah rumah dengan rumah yang lain. Keadaan begini berlaku kerana beberapa faktor. Rezeki yang Allah beri pada manusia berbeza-beza mengikut kadar masing-masing. Namun begitu menurut beliau tentu terdapat teknik yang istimewa yang digunakan menyebabkan rumah burung tertentu lebih berjaya berbanding dengan yang lain. Apakah teknik tersebut ?, ia sukar dipecahkan. Pembudidaya yang berjaya tersebut mempunyai kod rahsia tertentu dan kod ini tidak mudah diperolehi.

Apakah konsultan mempunyai kod tersebut ?. Menurut beliau jika konsultan mempunyai kod tersebut dia tidak mahu lagi menjadi konsultan, kerana lebih baik beliau membuat rumah burungnya sendiri dan memperolehi pendapatan lumayang tanpa bersusah payah menjadi kontraktor membangunkan rumah burung orang lain. Begitulah logiknya, kerana pemilik rumah burung yang mempunyai kod rahsia tadi tidak mahu membocorkan rahsia kodnya kepada orang lain.

Semasa membeli sarang di rumah burung pemilik yang katanya mempunyai kod rahsia tersebut beliau hairan bagaimana burung walit tidak berlegar-legar diluar rumah burung dikawasan pintu masuk seperti mana yang biasa kita lihat, tetapi burung walit terus masuk dan berlegar-legar didalam rumah walit. Keadaan dalam rumah walit cukup gelap dan terlalu banyak walit yang berterbangan didalamnya. Keadaan yang penuh dengan dengan populasi. Semasa lampu dipasang untuk memungut sarang burung juga tetap berlegar dalam rumah tersebut dan tidak keluar. Apakah rahsianya ?. Wallahualam……

Pada pandangan saya kod tersebut terdapat pada sistem audio yang digunakan. Pada hemat saya sebelum ini hanya dua suara utama yang digunakan untuk rumah burung ia itu suara luar untuk memanggil dan memancing burung walit masuk. Suara dalam pula adalah suara anak burung yang cuba memanggil induknya. Berkemungkinan banyak lagi suara lain yang digunakan seperti suara untuk memandu arah, suara temasyar dan populasi untuk aktiviti mengawan dan sebagainya.

Maka dengan itu cuba bayangkan sekiranya lita berada didalam bilik nesting room dengan populasi yang riuh rendah tadi pasti akan menarik burung. Menurut beliau yang pasti suara yang digunakan bukan suara stress yang selalu digunakan untuk menguji lokasi. Saya percaya bahawa naluri walit juga sama. Saya percaya bahawa naluri walit juga sama dengan naluri manusia mempunyai instingnya yang tersendiri. Burung walit juga berkomunikasi dengan bahasa masing-masing yang tidak kita fahami. Tapi terdapat juga bahasa yang mungkin mudah kita fahami seperti suara anak-anaknya minta makan.

Posted on 7 October, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: