Apakah benar gaharu mempunyai nilai komersial yang tinggi ?.

Menjawab soalan yang di e-mailkan kepada saya yang bertanyakan tentang business gaharu oleh pihak lain. Sesungguhnya saya tidak berminat untuk memberi komentar berhubung dengan perkara tersebut kerana tujuan penulisan saya adalah untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan sahaja bukan berorientasikan business. Jika saya mempunyai maklumat tentang business orang lain saya tidak berhasrat untuk mendedahkannya.

Sama ada anda terlibat atau tidak dalam perladangan gaharu bergantung keyakinan anda dalam sesuatu bidang tersebut. Jika anda yakin dengan industri gaharu pasti akan terlibat didalamnya. Jika tidak anda akan bandingkan dengan projek lain seperti sentang, jati emas dan sebagainya. Sama ada anda terlibat atau tidak tidak akan memberi manfaat kepada saya.

Apakah benar gaharu mempunyai nilai komersial yang tinggi ?. Atau omong-omong kosong sahaja oleh pihak yang menjalankan business menjual anak gaharu ?. Kreativi seoarang ahli perniagaan memungkinkan suatu produk yang tiada nilai itu menjadi bernilai. Sebagai contoh pernah atau tidak s3puluh tahun yang lalu air minuman atau air kosong boleh dijual kepada pengguna di Malaysia. Air minuman tersebut bukan sahaja laku di Mekah sahaja. Ini kerana kreativiti telah dapat mengubah minda dan kepercayaan pengguna.

Bagaimana dengan gaharu , apakah nilai komersial yang diwar-war itu adalah kerana kreativiti penjual anak gaharu. Saya percaya ianya tidak begitu. Pada saya nilai pasaran untuk gaharu amat besar kerana ia adalah bahan asas untuk industri wangian. Permintaan atau penggunaan wangian ini merentasi sempadan hidup dan mati. Merentasi sempadan bangsa dan agama. Juga merentasi sempadan negara. Penggunaan wangian semasa kematian biasanya dirumah orang meninggal dibakar stanggi. Dalam Islam penganutnya disunatkan menggunakan wangian semasa beribadat. Begitu juga upacara-upacara keagamaan yang lain menggunakan bauaan untuk sebagai salah satu alat keagamaan mereka, Budha dan Hinudu menggunakan wangian untuk upacara keagamaan mereka, Bangsa dan negara mana yang tidak sukakan wangian. Semua bangsa diseluruh dunia sukakan wangian. Cuba bayangkan betapa besarnya nilai komersial industri gaharu ini.

Oleh kerana penebangan pokok gaharu semula jadi dari hutan Tropika menjadikam spesis gaharu semakain pupus. Akhirnya kebergantungan kepada sumber asli tidak lagi mencukupi. Oleh itu langkah yang dilaksanakan oleh individu untuk perladangan gaharu adalah langkah yang bijak dan tepat. Saya cukup yakin 100% bahawa gaharu mempunyai nilai komersial yang amat tinggi. Pasti tidak rugi bagi orang yang menanamnya bagi lima enam tahun akan datang.

Posted on 5 October, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: