Kampung China, Kuala Terengganu dahulu dan sekarang

Kampung China. Kalau tidak kerana walit ianya menjadi tidak penting kepada saya. Kampung China Kuala Terengganu mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Dalam hikayat pelayaran Abdullah Mushi tercatat sejarah kampung China.

Kampung China  terletak dipusat bandar Kuala Terengganu adalah waisan sejarah yang yang mendapat pembiayaan World’s Monuments Fund (WMF) has awarded a USD50, 000 grant to Badan Warisan Malaysia (the Malaysia’s Heritage Trust).

Menurut Munshi Abdullah ( 1836 ), kampung China telah pun wujud. Pada zaman dahulu rumah-rumah kedai yang terdapat disini kebanyakannya mengadap kesungai kerana pada ketika itu pengangkutan utama adalah sungai.

Apapun sejarah akan tetap dikenang sebagai warisan sejarah. Namun begitu bagi peminat industri burung walit ia mempunyai nilai sejarah yang tersendiri. Di Terengganu industri rumah burung walit bermula di Kampung China dimana burung-burung walit yang berhijrah dari Pulau Redang menjadikan rumah-rumah kedai dikampung China sebagai tempat persinggahannya. Bilakah ianya bermula tidaklah dapat dipastikan. Adalah dipercayai ianya bermula lebih dari dua puluh tahun yang lalu.

Hari ini rumah kedai dikampung China tidak lagi berada diatas air seperti mana dahulu kerana dibelakangnya telah ditebusguna menjadi daratan untuk industri pelancungan. Dibelakangnya telah dibina sistem peparitan yang besar. Bagunan Kampung China tetap dengan pemandangan yang berbeza dari dahulu kerana sebahagian besarnya telah digunakan untuk membudidaya burung walit.

Posted on 30 September, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: