Industri membudidaya sarang burung walit harus mendapat sokongan semua pihak.

Industri walit lebih dikenali sebagai membudidaya sarang burung walit mengikut istilah yang digunakan di Indonesia. Terdapat beberapa faktor penting dalam membudidaya sarang burung walit ini. Faktor tersebut adalah pemilihan tempat atau lokasi, iklim, habitat dalaman, reka bentuk bangunan, faktor pemakanan dan teknik memancing burung walit .

Terdapat tiga kategori pembudidaya burung walit atau kategori pemilik rumah burung walit. Kategori tersebut ialah golongan atasan (mempunyai banyak modal), kategori menengah dan kategori usahawan. Kebiasaannya kategori usahawan yang terlibat dalam industri membudidaya sarang walit lebih kreatif ia mempunyai pengetahuan dan teknologi yang lebih maju seperti sistem audio dan reka bentuk rumah walit yang lebih kondusif. Mereka juga mempunyai pengetahuan dan teknologi yang mungkin lebih maju daripada golongan menengah dan atasan. Untuk lebih berjaya seharusnya ketiga –tiga kategori ini  bekerjasama. Suatu badan atau konsortium harus ditubuhkan bagi perkongsian modal dan juga pengetahuaan.

Dalam hal itu pihak kerajaan seharusnya memainkan peranan yang lebih aktif dalam industri membudidaya burung walit ini. Kerajaan perlu membuka pusat R&D burung walit. Kerajaan tidak seharusnya terlibat dalam bentuk perniagaan tetapi bertindak sebagai pihak yang membantu usahawan untuk memajukan industri ini. Kerajaan patut menyediakan pinjaman modal kepada usahawan yang tidak mempunyai modal untuk membesar rumah walit mereka. Penganjuran seminar seharusnya diadakan oleh pihak kerajaan secara percuma bagi mengalakan lebih ramai rakyat untuk terlibat dalam induustri ini. Jangan hanya keluarkan modal untuk golongan PPRT sahaja, kerana ia akan menjadi seperti memberi bantuan kepada PPRT dalam projek ternakan lembu, kambing dan ayam seperti yang telah dilaksanakan oleh kerajaan . Kebanyakannya menemui kegagalan.

Langkah yang dibuat oleh Jabatan Veterina Negeri Terengganu seharusnya dipuji. Minat yang ditunjukkan oleh Pengarah Veterina Negeri Terengganu Dr . Azizul yang khabarnya cukup berminat dengan industri membudidaya walit ini memberi suntikan semangat baru kepada pengusaha sarang burung walit di Terengganu. Sekurang-kurangnya terdapat jabatan kerajaan mengambil cakna terhadap mereka. Khabarnya terdapat kakitangan jabatan veterina mula membuat bancian dan servey kewjudan rumah walit di Terengganu. Jabatan veterina patut memanggil dan mengumpulkan pemilik rumah walit dan salurkan apa-apa bantuan yang patut.

Posted on 23 September, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: