Selamat menyambut hari raya aidil fitri. Maaf zahir batin.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil-Fitri . Maaf zahir dan batin saya ucapkan kepada penjegok yang setia. Salah dan silap harap dimaafi. Insan biasa yang tidak sunyi dari melakukan salah dan silap sepanjang masa. Kesilapan yang disedari harus dijadikan sempadan dan pengalaman yang amat berguna. Usah dikesali dengan kesilapan itu. Bangkit dari kesilapan dan kegagalan untuk masa depan yang lebih baik.

Berbagai cara untuk menyambut Aidil-Fitri, Berbagai ungkapan pula diluahkan. Ianya sudah menjadi asam garam dalam masyarakat ketika menyambut sesuatu perayaan. Menghiasi rumah atau premis sudah menjadi semacam suatau .Suasana ini sebagai satu cara untuk menyambut dan memeriahkan suasana hari kemenangan umat Islam dalam Bulan Ramadhan.

Namun, sejauh manakah setiap ungkapan itu diberi secara ikhlas oleh pemberi ucapan dan sejauh manakah pula ungkapan itu diterima dan dihayati secara mendalam oleh penerimanya? Tibanya 1 Syawal setiap tahun, masyarakat Malaysia berbilang bangsa terutama bangsa Melayu akan berpusu-pusu pulang ke kampong halaman di pelbagai ceruk dalam Negara Malaysia ini. Ini suatu suasana yang seringkali boleh dilihat di Malaysia khususnya dan mungkin tidak terdapat di Negara- Negara lain di dunia ini.

Namun begitu bagi peminat dan pengusaha rumah burung walit tetap dengan aktivitinya juga. Keselamatan harus dijaga supaya tidak ada yang mengambil kesempatan darinya. Pastikan rumah burung walit anda dijaga dengan baik dimusim perayaan ini.

Posted on 19 September, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: