3 hari yang penting dalam menentukan kejayaan

Tiga hari yang penting dalam hidup. Hari yang menentukan kecemerlangan, menentukan kejayaan , sukses atau tidak seseorang dalam hidupnya. Penentu masa depannya . Hari yang akan merubah snerio kehidupannya. Kehebatan yang akan dijelmakan oleh seseorang dimasa itu juga bergantung kepada tiga hari yang penting ini. Hari itu kalau ia seorang perdana menteri yang disayangi rakyat adalah kerana tiga hari tersebut. Hari itu kakau ia seorang usahawan berjaya adalah kerana tiga hari tersebut. Hari itu kalau ia seorang artis terkenal adalah kerana tiga hari penting itu. Hari itu jika ia adalah seorang sasterawan terkemuka ia adalah kerana tiga hari penting itu. Apakah tiga hari yang teramat penting tersebut ?.

Hari pertama adalah hari semalam. Mengapa hari semalam penting ?. Hari semalam penting kerana ia akan menjadi sejarah dalam hidup kita. Sejarah yang akan kita tinggalkan dan tidak mampu dipinda atau diubah oleh sesiapa pun. Ia akan menjadi lagenda dalam kehidupan seseorang . Apa yang ada hanyalah kenangan dan pengalaman sahaja. Sama ada pengalaman ini berguna atau tidak , bergantung kepada cara mana kita menilai hari semalam. Jika kita mampu belajar dari sejarah dan pengalaman itu. Hari semalam akan menjadi hari yang paling berguna dalam hidup kita . Ia adalah ilmu yang amat berharga. Jika kita tidak belajar dari hari semalam ia akan menjadi impian ngeri dan menjadi catatan hitam dalam hidup . Pengalaman adalah sejarah yang berlaku pada hari semalam. Belajar dari pengalaman sesungguhnya kita telah belajar dari universiti yang paling unggul didunia.

Kedua adalah hari esok. Hari iesok adalah impian yang belum pasti . Sama ada ia akan menjelma sebagai seorang insan yang hebat, yang cemerlang, yang berjaya atau sebaliknya. Impian yang belum menjadi realiti. Cita-cita yang belum berkesampaian. Angan-angan yang yang belum ada jawapannya. Wawasan yang mempunyai seribu harapan. Itulah hari esok.


Ketiga adalah hari ini. Hari ini adalah hari yang melibatkan untuk kita membuat keputusan untuk menentukan siapa kita dihari esok. Setiap masa dan setiap saat kita pasti membuat keputusan dalam hidup ini. Keputusan yang kita buat adalah suatu pertimbangan dari dari hari semalam untuk hari esok. Siapa kita dihari esok kita yang akan menentukannya.


Semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda. Esok adalah impian yang belum nyata. Hari ini penentu siapa kita dihari esok. Oleh itu buatlah keputusan samaada anda mahu terlibat dalam industri walit atau gaharu.

Posted on 15 September, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: