Bagaimana resin gaharu terjadi

Gaharu adalah resin yang terjadi dalam bahagian hempulor (teras) pokok karas apabila pokok diserang penyakit. Resin kadang-kadang terjadi dalam akar pokok . Ia disebabkan oleh serangan fungus yang dikenali sebagai dematiaccois


Apabila pokok karas disersng oleh fungus maka antibody dalam pokok akan bertindak balas dan akan mengeluarkan resin yang mempunyai aroma .

Kayu yang bebas dari serangan fungus bewarna cerah lembut dan perang pucat. Serangan fungus akan merebak dan mampat pada bahagian yang disersng fungus tadi menjadikan ia warna gelap kehitaman . Bertukar dari perang pucat kepada kehitaman atau hitam berkilat.


Kayu beresin yang bermutu tinggi terjadi apabila sistem imunisasi semulajadi bertindak balas kepada serangan fungus atau penyakit. Ia menjadikan kayu gaharu gred A. Keadaan ini terjadi dalam tempuh yang lama ia itu dalam masa 30 – 50 tahun. Manakala resin berkualiti sederhana terjadi melalui  penggunaan kaedah paksa dimana kayu gaharu segaja dicederakan supaya ia terdedah kepada penyakit oleh serangan fungus.

Satu lagi kaedah ialah melalui bioteknologi dimana proses inokulasi dilaksanakan keatas kayu gaharu ini. Pokok dicederakan melalui kaedah yang sistemetik. Bahgian tertentu dicederakan dengan menebuk lubang pada pokok. Penentuan untuk menebuk lubang ini dilaksanakan oleh mereka yang berpengalaman. Pada bahagian yang yang dilubangkan tadi akan dimasukkan fungus yang dibiakkan dimakmal. Kaedah ini adalah bagi mempercepatkan proses pengeluaran resin gaharu tadi.

Perladangan yang menggunakan spesis yang baik seperti spesis AAR pokok yang berumur 3- 5 tahun telah dapat dibuat inokulasi atau kaedah aruhan. Pokok tersebut hendaklah berukuran 15 cm lilitan. Setelah dibuat inokulasi selama 6 bulan atau hinggi 1.5 tahun, resin gaharu telah terjadi. Peladang tidak perlu menunggu 30 -50 tahun untuk mendapatkan resin gaharu.

Posted on 5 September, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: