Warisan burung walit boleh dijadikan produk pelancungan yang menarik

Terengganu negeri ku, aku pasti orang luar akan terbayangkan penyu, keropok lekor, songket dan batik serta warisan seni budaya sehingga terkenal dengan ungkapan Terengganu Negeri Cantik, Budaya Menarik dan Orangnya Baik.

Ramai yang tidak tahu bahawa Terengganu mempunyai warisan persisir air yang terpanjang dan menjadi warisan burung walit sejak zaman berzaman. Habitat semula jadi burung walit di Semenanjung Malaysia terdapat di kepulauan Terengganu ia itu di Pulau Redang. Walit mendiami 7 buah gua di Pulau Redang sejak dahulu lagi. Warisan ini boleh dijadikan produk pelancungan yang sangat bernilai. Ianya tidak pernah diekplotasi sebagai produk pelancungan oleh mana-mana pihak sama ada Kerajaan Negeri atau penggiat pelancungan dinegeri ini.



Pengunjung yang berkunjung ke Negeri Terengganu hanya didedahkan kepada kilang pengeluaran batik, penenun songket, tukang tembaga,, makanan rasmi nasi dagang dan sebagai negeri penyu, di Rantau Abang, Dungun. Tiada siapa yang nampak bahawa burung walit sebagai produk pelancungan. Sedangkan ramai peminat yang cukup berminat dengan sarang burung layang-layang (walit).Rumah burung walit buatan boleh juga didedahkan kepada pengunjung.



Pelancung yang berkunjung dipertemukan dengan keropok lekor, budu, sotong celup tepung dan berbagai lagi makanan tradisional yang terdapat disini. Industri burung walit tidak diketahui langsung oleh pelawat yang datang. Tiada kilang memproses sarang burung walit dari gua-gua Pulau Redang yang pernah didirikan disini seperti mana perusahaan memproses sarang walit dari gua niah diserawak dan gua Gemuntung di Sabah. Sekurang-kurangnya pengunjung boleh membawa balik sarang burung sebagai buah tangan.

Pihak kerajaan seharusnya mengenalpasti semua produk yang boleh digunakan sebagai produk pelancungan. Pelawat yang membeli sarang burung walit dari Terengganu seharusnya diberi kelonggaran untuk membawa balik ke Negara mereka dengan pelepasan cukai dan sebagainya.

Posted on 1 September, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: