Potensi besar industri sarang burung walit dan cabarannya

Menurut rencana yang dikeluarkan oleh bernama industri sarang burung walit kini mencecah RM1 bilion setahun selepas migrasi besar-besaran spesies burung itu dari Indonesia, kira-kira 10 tahun lepas. Jumlah itu dijangka meningkat ekoran permintaan berterusan dari negara China di mana sup sarang burung sangat popular dalam kalangan rakyatnya selain turut menjadi “pengukur” kepada status individu.

Malaysia merupakan negara pengeluar sarang burung ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Thailand dengan purata lebih 12 tan sarang burung dihasilkan dalam sebulan. Ini bermakna nilai sarang burung mentah ialah RM192,000,000.00 sebulan. Malah sarang burung walit atau aerodramus fuciphagus yang terdapat di Malaysia adalah yang terbaik dari segi kualitinya.

Burung walit mempunyai nilai ekonomi tinggi, meningkatkan nilai hartanah setempat dan menjadi alternatif kepada petani dan nelayan untuk mengusahakannya secara serius. Kerajaan negeri dilihat mempunyai dua pilihan sama ada memusatkan penternakan burung walit ke sesebuah kawasan melalui pembinaan eko-park atau mengadaptasi garis panduan penternakan burung walit supaya boleh diternak dimana sahaja tempat yang sesuai. Walau bagaimana pun tiada jaminan burung bersarang di eko-park dan premis burung baru berbanding dipremis sedia ada ia itu di centra walit di bandar .

Aduan daripada orang ramai mengenai masalah bau dan bunyi bising pembesar suara yang dipasang di premis burung walit bertujuan memanggil burung walit singgah bersarang juga tidak berasas kerana burung walit tidak membuang najis dimerata tempat. Ganguan bunyi tidaklah terlalu kuat sehingga melebihi bunyi kenderaan dijalan raya.

Potensi ekonomi burung walit sangat besar . Ini kerana sekilogram sarang burung boleh mencecah sehingga RM4,000 dan jumlah itu meningkat sekurang-kurangnya sekali ganda selepas ia diproses untuk diimport ke negara luar seperti China, Hong Kong dan Korea. 100 kilogram sarang burung yang bernilai RM400,000 sebulan, bayangkan jumlah pendapatan yang mampu dijana lebih 40 ribu rumah burung yang bertaburan di seluruh Negara.


Posted on 23 May, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: