Cabaran penanaman gaharu di Malaysia

Kekurangan maklumat tentang industri gaharu di Malaysia merupakan cabaran utama kepada mereka yang berminat untuk menanam pokok gaharu. Pendedahan mengenai hasil yang diperolehi oleh penyelidik amat kurang sekali. Ini adalah kerana jangka masa untuk mendapatkan hasi penyelidikan adalah lama. Penanam yang ingin terlibat dalam industri ini terpaksa bergantung kepada para penyelidikan luar negara seperti Thailand dan Vietnam. Pengusaha dari luar negara mendakwa mereka berjaya menghasilkan spesis gaharu yang bermutu tinggi. Namun begitu selama mana kita harus bergantung kepada penyelidikan dari luar negara ini. Adalah diharapkan institusi penyelidikan yang terdapat di negara terus aktif melaksanakan R & D mereka agar industri gaharu dapat menyumbang kepada pendapatan negara.

Bagi penanam yang ingin terlibat dalam industri ini mengharapkan maklumat terutamanya berkaitan dengan spesis yang hendak ditanam dan kaedah penanaman yang betul. Ini termasuklah sistem penanaman, pembajaan dan juga pemeliharaan. Pengetahuan yang minima dalam usaha untuk memastikan pengeluaran gaharu yang berkekalan tentunya akan menjejaskan industri gaharu itu sendiri. Ramai dikalangan pendatang baru yang ingin terlibat begitu fobia dengan tanaman sentang yang suatu ketika dahulu di war-warkan sebagai tanaman pokok hutan yang cukup berpotensi. Hari ini ternyata ia adalah suatu kegagalan.

Sebenarnya penyelidikan dan Pembangunan (R&D) masih belum meluas terutamanya dalam aspek-aspek seperti pembaikbiak baka pokok, kaedah pengesanan terdapatnya gaharu dalam pokok karas dan juga kaedah penghasilan gaharu yang bermutu tinggi dan juga pembangunan produk berasaskan gaharu. Cabaran inilah yang perlu diatasi oleh pihak-pihak yang terlibat jika Malaysia mahu memberi nilai tambah dan nilai tinggi dalam dalam sektor pertanian dalam penanaman pokok gaharu.

Posted on 19 May, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: