Rotorua destinasi percutian jahaniwalit.com yang mengasyikkan.

Rotorua, New Zealand 17 May 2009 destinasi percutian yang mengasyikkan. Perjalanan mengambil masa 3 jam dengan kereta menuju ke Selatan New Zealand. Banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan sewa kereta dengan kadar yang murah dan anda boleh juga menyewa alat pandu arah ia itu GPS bagi memudahkan anda menuju destinasi yang dicari. Jika anda membawa lesen memandu disini tiada masalah untuk anda memandu kerana New Zealand mengjktiraf lesen memandu Malaysia. Sepanjang perjalanan menuju ke Rotorua anda akan melihat padang ragut yang amat luas macam yang di saksikan dalam ikllan susu New Zealand tulah.

Dua malam saya berada di Rotorua bersama dua orang teman ia itu Shahrunizam dan Zulkifli . Zulkifli pelajar AUT dan Shah menemani isterinya membuat PHD di AUT juga. Kami menginap di Back Panker ia itu di YHA New Zealand. Penginapan dua malam untuk 3 orang cuma $190 NSD sahaja. Makan kami masak sendiri Back Pankers ini mentediakan dapur yang lengkap untuk memasak.

Rotorua adalah keindahan semulajadi tasik dan bekas gunung berapi. Keindahan ini dieksploitasi sepenuhnya oleh mereka untuk pelancungan. Maklumat tempat menarik untuk dilawati amat mudah anda perolehi di i site Tourism Rotorua ia itu Pusat Imformasi pelancungan ia itu di. Tiket untuk pakage aktiviti tertentu anda boleh perolehi disini. Anda memerlukan masa seminggu untuk pergi kesemua tempat.


Destinasi pertama yang kami pergi ialah Goverment Gardens. Terletak ditepi tasik Rotorua dihiasi dengan flora dan fauna. Anda boleh temui angsa, itik dan burung yang jinak. Pemandangan yang sangat menarik. Dalam kawasan ini juga terdapat Muzium Rotorua. Banyak menyediakan artifak dan koleksi kesan gunung berapi. Muzium ini berasal dari rumah mandi zaman dahulu. Persembahan di muzium ini amat menarik hingga dua berada disini anda tidak berasa lama.

Tidak sah rasanya jika anda tidak menaiki Gondola dan meluncur gunung dengan luge yang pertama di dunia. Dengan satu trip gondola (kereta cable) dan 5 kali meluncur bayarannya NZD $42 seorang. Pengalaman pertama meluncur memang kecut perut maklumlah meluncur dari gunung melalui trek yang curam, bila sampai di bawah anda akan dibawa naik dengan gondola terbuka. Setelah mahir sedikit kali kedua berasa seronok pulak, tak puas rasanya. Magrib baru kami balik ketempat penginapan.

Posted on 17 May, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: