Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

Email  saya terima daripada Pak Jeff berhubung dengan email yang beliau terima daripada Benjamin dari sarawak pada 5/7/09 ia itu peserta Seminar Pulau Kapas & Pontianak dulu. Dalam email tersebut diceritakan tentang kos pembinaan yang amat murah ia itu RM23.30 perkaki persegi. Ben membina RBW dikawasan pertanian dimana terdapat sebuah kolam sepertimana gambar yang disertakan.

Rumah burung tersebut dengan ketinggian 3 lantai dan disiapkan dalam tempuh 29 hari sahaja. Beliau tidak menceritakan apakah material  yang digunakan dan berapa saiz RBW tersebut. Walau bagaimana pun kos pembinaan tersebut amat murah macam membina rumah setinggan sahaja. Mungkin sesetengah daripada kita berfikir adalah tidak mungkin dapat dilaksanakan ditempat anda. Perlu diingat bahawa kos pembinaan bergantung kepada beberapa factor antaranya ialah kos material yang digunakan, kadar upah dan kos pengankutan. Walau bagaimana pun tahniah kepada Pak Benjamin yang berjaya membuktikan dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Untuk memiliki sebuah rumah burung kita memerlukan kreativiti bagi merangka sebuah RBW yang menjimatkan kos.

Kejayaan tidak bergantung kepada kecil besar sebuah RBW yang kita bina. Saya lebih bersetuju untuk membina banyak buah RBW di berbagai lokasi berbanding dengan hanya membina sebuah projek RBW Mega sebesar sebuah bangunan sekolah menengah di Malaysia. Begitu juga konsep ekopark sepertimana yang dilaksanakan oleh sesetengah konsultan. Kita kena fikir berapa lama kawasan atau tempat tersebut akan menjadi sebuah centra walit. Kawasan baru sebenarnya amat sukar untuk menjadi centra walit. Bayangkan jika satu bidang tanah terdapat 8 buah RBW yang cukup besar dan sama saiz. Bilakah agaknya kesemua bangunan tersebut akan dipenuhi oleh walit. Jika pemiliknya seorang saya fikir tiada masalah. Bagaimana jika pemiliknya lebih daripada seorang, pasti ada RBW yang kosong. Konsep ekopark yang dapat dapat keuntungan segera adalah pemaju. Pembelinya belum tentu. Wallahu alam……….


Advertisements

Posted on 12 May, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: