Perjanjian pengelolaan rumah burung walit – apakah kewajarannya.

Pengelolaan rumah burung walit merupakan suatu perniagaan yang melibatkan persetujuan bersama diantara pemilik tanah dan bangunan dimana letaknya rumah burung walit tersebut dengan pihak yang sanggup untuk mengelolakannya. Persetujuan ini akan diikat dengan suatu perjanjian dan dokumen perjanjian ini perlu didaftarkan mengikut undang-undang di Malaysia. Biasanya dalam perjanjian tersebut, pemilik tanah dan bangunan dikenali sebagai pihak pertama dan pengelola akan dikenali sebagai pihak kedua. Perjanjian adalah mustahak kerana ia akan melibatkan kerja sama diantara pihak pertama tadi dengan pihak kedua.

Biasanya dalam perjanjian tersebut termaktub beberapa perkara yang penting berkaitan dengan tanggungjawab kedua-dua pihak. Pemilik bangunan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pemilikan bangunan ia itu bangunan miliknya sepenuhnya dan bebas dari tuntutan, pajakan atau ganggu-gugat dari mana-mana pihak lain. Manakala pihak kedua hanya memberikan perkhidmatan pengelolaan / penjagaan terhadap Rumah Burung walit mengikut persetujuan bersama.

Sebagai pemilik bangunan pihak pertama tentulah bertanggungjawab menyediakan tanah, bangunan, peralatan, perlengkapan, dan perkara-perkara lain dalam usaha untuk penternakan burung walit, menanggung kos tanah dan bangunan, kos elektrik, air, keselamatan, kebersihan, dan pembiayaan-pembiayaan yang lain berkaitan dalam usaha penternakan burung walit tersebut.

Manakala pihak kedua pula memberikan khidmat pengelolaan dan penyelenggaraan peralatan bagi usaha penternakan burung walit. Adalah menjadi kewajipan pengelola untuk datang/melawat sekurang-kurangnya (tiga) bulan sekali. Segala kos penyelenggaraan peralatan atau penambahbaikan untuk meningkatkan hasil di tanggung oleh pengelola.

Dalam tempuh perjanjian ini berkuat kuasa pihak pertama terikat dan tidak dibenarkan menjual tanah dan bangunan tersebut. Jika perlu juga tawaran hendak menjual hendaklah diberi kepada pengelola terlebih dahulu. Perlu diingat bahawa nilai pasaran tanah akan turut meningkat berlipat kali ganda dengan adanya rumah burung walit diatasnya. Rumah burung yang berjaya tadi adalah hasil usaha pengelola, maka pengelola juga berhak untuk mendapat bahagiannya.

Dalam perjanjiaan pengelolaan ini dua perkara penting harus dipersetujui terlebih dahulu ialah berapakah nisbah pembahagian hasil diantara kedua-dua pihak. Berapa lama tempuh perjanjian tersebut berkuatkuasa. Ia bergantung kepada beberapa perkara, Pertama mengapa pemilik sanggup menyerahkan projek rumah burung walit tersebut kepada pihak yang sanggup mengelola , tentulah ada sebab. Pemilik telah gagal dalam usahanya walaupun berbagai ikhtiar telah digunakan. Maksudnya daripada gagal terus lebih baik diserahkan kepada pengelola untuk menjayakannya. Pengelola juga terpaksa mengeluarkan modal dan kepakaran beliau. Jadi adalah wajar ia mendapat haknya yang sepatuknya dalam bentuk hasil dan dalam jangkamasa yang munasabah.

Advertisements

Posted on 10 May, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: