Mengimbas kembali pertemuan dengan Pak Awi setahun yang lalu.

Setahun yang lalu saya bertemu dengan sepupu Pak Awi di Mesjid Chukai, Kemaman. Beliau memang mengenali saya begitu juga saya. Pertemuan selepas solat Jumaat itu berakhir dengan satu harapan agar saya dapat menolong sepupunya yang telah membina sebuah rumah burung sejak beberapa tahun yang lalu tetapi tetapi gagal untuk memancing walit. Menurut beliau sepupunya itu hampir kecewa dan malu dengan jiran-jiran yang bertanya tentang hasil dari rumah burung walit yang diusahakannya.

Awi adalah seorang yang berjiwa usahawan, beliau meletak jawatan sebagai seorang posmen dan memulakan perniagaan sebagai kontraktor binaan. Disamping itu beliau juga mengusahakan perkhidmatan membasuh kereta. Pak Awi juga mempunyai beberapa buah kedai untuk disewa. Beliau berminat untuk terlibat dalam industri sarang burung walit ini bila melihat seorang peniaga hardware di Kuala Dungun begitu berjaya dalam mengusahakan RBW . Ramai orang Dungun kenal beliau sebagai “ Mek Siam” . Khabarnya Mek Siam juga mempunyai rumah burung di Pulau Tinggul. Sebagai pelanggan tetap hardware di kedai Mek Siam ini, Pak Awi dibawa melihat RBW Mek yang berjaya itu. Sememangnya Mek Siam tidak kedekut ilmu dengan Pak Awi.

Dari situlah minat Pak Awi dengan burung walit sangat kuat dan Pak Awi mengajak seorang kawannya berbangsa Cina, peniaga kedai tayar untuk membina RBW. Dengan bermodelkan rumah burung Mek Siam,  Pak Awi memulakan operasi rumah burungnya kira-kira empat tahun yang lalu. Pada mulanya Pak Awi cukup berpuas hati kerana ramai walit yang datang. Suara yang digunakan tidak kurang hebatnya kerana mentolnya adalah Mek Siam. Beberapa lama selepas itu kegembiraan Pak Awi menjadi gundah gulana kerana walit tidak mahu menginap. Apa lagi bila melihat rumah burung diseberang jalan yang tidak jauh dari RBW beliau begitu meriah setiap petang. Kecewa dengan situasi tersebut beliau memberhentikan operasi memancing walit dan memulakan usaha baru dengan menternak ayam kampong. Malu Pak Awi dengan orang kampung bukan kepalang, rasanya macam nak robuhkan saja rumah burung walit tersebut.

Dalam perjalanan dari Kemaman ke Kuala Terengganu saya singgah untuk bertemu Pak Awi di Dungun dan dan dapat mengesan beberapa kesalahan yang terdapat dalam rumah burung beliau. Dari situ saya memaklumkan kepada saudara Zabri dan Jeff untuk membantu Pak Awi kerana saya tahu memang mereka berdua mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

Posted on 6 May, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: