E-mail dari En Zabri berita perkembangan RBW di Kuala Terengganu.

4 Mei 2009.  Saya menerima e-mail dari En. Zabri memaklumkan bahawa projek RBW yang beliau dan Jeff ambil alih untuk dibaik pulih di Dungun telah berjaya setelah hamper 4 tahun gagal. Pak Awi pemilik rumah burung walit (RBW) tersebut amat terkejut sekali apabila beliau melihat sendiri 10 biji sarang (birdnest) telah siap. “Hampir tidak percaya” kata Pak Awi bagaimana ia boleh berlaku begitu cepat hanya dalam tempuh 6 bulan sahaja Zabri dan Jeff telah berjaya membaikpulihkan RBW yang beliau hampir putus asa kerana walit tidak mahu menginap. Sambil mengucapkan syukur dan terima kasih kepada mereka berdua. Alhamdulillah! Katanya Allah nak bagi rezeki ke kita.

Demikian juga sebuah bangunan yang diubahsuai oleh Jeff dan Zabri di Kuala Terengganu yang mula beroperasi pada Januari 2009 yang lalu juga telah dihuni oleh walit dengan banyak sekali. Burung walit juga telah mula membuat sarang. Musim sekarang amat ramai sekali burung-burung muda dan ketika ini amat sesuai untuk memancing  burung muda. Namun begitu kena pastikan dahulu kondisi RBW anda amat kondusif untuk walit tinggal dan membuat sarang didalamnya. , khabarnya kini pengusaha walit di Kuala Terengganu mula tersenyum lebar dengan kepulangan walit ke RBW  mutakhir ini memenuhi Bandar Raya Kuala Terengganu.

Seorang lagi pemilik RBW yang mendapatkan khidmat nasihat Zabri dan Jeff untuk membaik pulih RBW beliau ialah Tuan Haji Wan Ghazali. Khabarnya beliau juga tersenyum puas dan tak putus-putus mengucapkan syukur “Alhamdulillah!” kerana ianya telah terbukti berhasil kini, bukan sahaja burung walit telah bersarang tetapi ramai walit tidur didalamnya. RBW tersebut mula diubahsuai pada 19 Febuari 2009 yang lalu.

Dalam menerima berta gembira dari Zabri ada juga berita sedih yang dimaklumkan. Ia itu RBW seorang sahabat telah dicerobuh dengan rakus sekali. Semua sarang dan audio sistem dicuri pencerobuh, Apa yang paling menyedihkan ialah bila melihat telor dan anak walit berkaparan dilantai. Pemilik tersebut mengumpulkan anak-anak tersebut dan jumlahnya tidak kurang dari 3 baldi, Bayangkan jika 3 baldi anak burung mungkin bilangannya tidak kurang dari 1000 ekor. Mungkin khidmat pengawalan keselamatan secara spiritual dapat mengatasi masalah pencerobohan ini.

Advertisements

Posted on 4 May, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: