Mengingatkan kembali pelaburan dalam industri sarang burung walit

Perkongsian maklumat dan pengalaman dengan mereka yang mempunyai pengalaman yang luas dalam industri walit akan dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya dimasa akan datang. Perkongsian maklumat dapat menyokong matlamat kerajaan menjadikan perusaan sarang walit suatu industri yang dapat memberi nilai tambah dan nilai tinggi dalam sektor pertanian.Penglibatan bumiputera terlalu kecil dalam bidang ini ia adalah Industri baru dikalangan Bumiputera . Adalah diharapkan blog ini akan dapat membuka minda untuk mencari peluang pelaburan yang sangat berpotensi ini. Penglibatan dalam industri ini dapat menjana pendapatan yang lumayan dan sekaligus meningkatkan pendapatan dikalangan bumiputera. Diharapan terdapat usaha yang bersungguh-sungguh dari pelbagai pihak untuk melahirkan Usahawan Sarang Burung Walit Bumiputera yang berjaya.

Namun begitu apakah langkah yang harus anda buat untuk terlibat dalam industri walit. Jika anda tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman anda perlu mendapatkan kepakaran perunding itupun jika anda memiliki tanah dan modal yang mencukupi. Biasanya perunding akan memberi perkhidmatan kepakaran pembinaan dan pengurusan rumah burung walit termasuk aspek-aspek berikut :- Pembinaan dan aksesori, Teknologi makanan tambahan, Cucian bagi setiap suku tahun, Pemantauan dan kawalan makhluk perosak, Kawalan suhu dan kelembapan. Peningkatan mutu, Pengambilan hasil, Pasaran, Kawalan bau dan bunyi . Yang lebih penting ialah perunding yang boleh menjamin kejayaan projek, ia itu apabila projek Berjaya, barulah projek tersebut diserah kepada anda.

Janganlah anda terlalu ghairah untuk membuat projek mega atau terlibat dalam projek mega sebagai rakan kongsi dengan membeli saham konongnya mengikut lot. Jika terlalu banyak bangunan dalam suatu kawasan mana mungkin dalam masa yang singkat semua bangunan akan didiamai oleh walit. Buatlah projek mengikut kemampuan anda.

Posted on 2 May, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: