Auckland City bandaraya menarik untuk anda kunjungi.

Auckland City. I Mei 2009.Sudah dua minggu jahaniwalit.com beroperasi di Negara orang. Orang New Zealand memanggil bangsa mereka KIWI. Mereka cukup bangga bila ditanya “ Are you KIWI ?” . Namun begitu mereka tidak kisah sangat dengan orang luar. Pengankutan awam disini sangat cekap tidak ada masalah. Perjalanan bas mengikut jadual yang dipamirkan di bus stop.

Kawasan perumahan mereka ada pagar tetapi kebanyakannya tidak mempunyai pintu pagar. Jika ada pun tidak pernah ditutup. Pintu dan tingkap rumah tidak memerlukan grill keselamatan. Memadai satu kunci sahaja. Mungkin disini tiada jenayah. Orang luar yang datang mungkin semuanya terdiri dari mereka yang telah mempunyai duit. Mereka mengalualukan pekerja professional dari luar. Oleh kerana orang luar yang untuk mencari kerja disini terdiri daripada golongan professional, jadi mereka tidak terlibat dengan jenayah seperti di Malaysia. Kejadian ragut dan sebagainya tidak berlaku disini.

Saya tidak jumpa kedai yang menjual dompet , orang KIWI tidak bawa wang bila keluar dari rumah, mereka hanya bawa dua kad satu kad identiti diri dan satu lagi adalah “eftpos” macam kad debit yang kita gunakan di Malaysia. Hampir 90% kedai di New Zealand mempunyai mesin untuk mendebitkan efpos ini bila mereka berbelanja. Walaupun kedai tersebut berada jauh terpencil sekali pun.

Saya tidak mempunyai masalah disini kerana untuk berbelanja kita boleh menggunaka VISA , MASTER CARD atau lain-lain yang diikhtiraf disini. Makan minum tiada masalah kerana banyak kedai makanan halal dijual disini. Kedai yang mendapat sijil halal ini perlu mempamirkan sijil tersebut. Sijil tersebut perlu diperbaharui setiap tahun. Kedai makan yang menjual makanan berbagai kaum banyak desediakan disini. Bandar Auckland sangat bersih dan menarik dan sesuai untuk dikunjungi.

Posted on 1 May, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: