Potensi besar perusahaan burung walit memerlukan kempen kesedaran kepada masyarakat

Berita sokongan bakal Perdana Menteri kepada industri walit sangat mengembirakan kita semua . Namun begitu masih banyak halangan dan isu-isu yang berkaitan dengan industri walit yang terpaksa dihadapi.

Burung walit sudah tidak asing lagi kepada kita kerana ia banyak berterbangan disekitar kita pagi dan petang sama ada dibandar atau luar bandar. Kawasan pendalaman kadang-kadang kehadirannya luar biasa. Tetapi tidak ramai masyarakat yang mengetahui hal ehwal kehidupan burung walit ini. Sebab itu bila apabila YAB Dato’ Najib menyebut tentang perusahaan sarang burung walit tiada siapa yang mengambil indah tentangnya kecuali peminatnya seperti kita semua.


Kurangnya pendedahan kepada  masyarakat memerlukan tindakan pendedahan atau kempen kesedaran tentang potensi ekonomi yang sangat besar kepada masyarakat. Kementerian Pembangunan Usahawan . Kementerian Pertanian dan juga NGO patut mengambil inisiatif dengan menganjurkan kursus dan seminar berkaitan dengan industri walit.

Walaupun membudidaya walit telah lama dilakukan orang namun kegiatannya sangat pasif. Sesetengah pengusaha hanya mengharapkan walit dapat mentesuaikan diri dalam rumah walit mereka tanpa membuat renovasi yang sebaiknya kerana kurang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengannya. Apabila berlaku kegagalan kepada pengusaha yang sebegini ia akan memberi kesan yang negatif kepada orang lain yang ingin menceburi dalam bidang ini. Oleh kerana pengusaha persendirian mempunyai modal yang sangat terhad dalam merenovasi RBW mereka, adalah perlu agensi kerajaan dan koperasi turut terlibat untuk menjadi model kepada masyarakat . Pertubuhan Peladang dan Pertubuhan Nelayan patut turut bergiat dalam industri ini. Kementerian Pembangunan Luar Bandar harus melihat peluang ekonomi yang besar kepada masyarakat luar bandar.

Sahutlah cabaran yang terbentang luas itu dengan mengembelingkan semua sumber dan usaha yang ada demi memacu ekimomi negara . Jika kerajaan dan swasta khususnya konsultan yang mempunyai pengetahuan dalam bidang ini bekerjasama saya yakin hasrat bakal PM untuk melakanakan nilai tambah dan nilai tinggi dalam perusahaan walit akan berjaya. Pastinya dalam tempuh yang tidak lama akan meletakan Malaysia sebagai pengeluar sarang walit yang utama di dunia.

Posted on 31 March, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: