Industri sarang walit akan dimasukan dalam konsep nilai tambah dan nilai tinggi bagi memacu ekonomi negara

Kuala Lumpur 28 Mac 2009

Dato’ Sri Mohd Najib Razak , bakal PM Malaysia yang juga menteri kewangan berkata bajet kewangan akan mengalakan perusahaan sarang burung walit . Beliau menyatakan demikian semasa memberi ucapan penggulungan di perhimpunan agong UMNO ke 50.

Najib yang juga bakal Perdana menteri turut mengariskan tiga konsep yang akan diterapkan kerajaan untuk memacu ekonomi negara ia itu :

@ Gandingan konsep nilai tambah dan nilai tinggi, sebagai contoh dalam bidang pertanian ialah perusahaan sarang burung walit, ikan laut dan arowana.

@ Memulihkan kemelut ekonomi dan membuat persiapan pada masa depan apabila krisis ekonomi berakhir.

@ Ekonomi kreatif dan inovatif.

(Mingguan Malaysia 29 Mac 2009)

Ini jelas menunjukan kesungguhan kerajaan Malaysia untuk mendominasikan industri walit yang mempunyai potensi yang sangat besar. Justeru itu pembudidaya walit seharusnya mengambil peluang yang ada untuk mengembangkan perniagaan mereka. Bagi pelabur yang mempunyai modal janganlah berlegah lagi untuk melabur dalam industri ini. Pastinya masa depan industri walit di Malaysia akan berkembang maju berbanding dengan negara lain di rantau ini.

 Saya menaruh keyakinan bahawa faktor sokongan dalam industri ini seperti  intitusi kewangan pasti akan mengambil peluang untuk turut terlibat bagi menyokong  langkah kerajaanmemajukan industri sarang burung walit ini. Adalah diharapkan PBT akan mempermudahkan proses untuk mengeluarkan lesen bagi membudidaya burung walit.

Manakala institusi pendidikan pula akan melaksanakan penyelidikan dan kajian yang lebih rancak dalam bidang ini. Jika R&D bertambah maju sudah pasti Malaysia mampu melahirkan pakar-pakar yang berwibawa dalam bidang ini. Walau pun Malaysia agak ketinggalan dalam membudidaya walit, tetapi ia telah mampu pergi lebih jauh kerana kelebihan teknologi yang ada di negara ini. Adalah diharapkan dengan sokongan bakal PM Malaysia ini memberi suntikan semangat baru kepada pengusaha dan pembudidaya walit untuk maju tanpa menoleh kebelakang lagi.

Posted on 29 March, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: