Sirkulas kitaran populasi burung walit

Apabila walit telah dewasa ia akan mencari pasangan .Keunikan burung walit ialah mereka akan membuat sarang bersama antara walit jantan dan bertina. Tempuh masa yang diambil untuk menyiapkan sarang bergantung kepada umur pasangan dan juga musim. Pada musim hujan sebiji sarang dapat disiapkan dalam tempuh 35 – 45 hari , puratanya dalam tempuh 40 hari. Pada musim kemarau dan terlalu kering ia akan mengambil masa selama 80 hari. Keperluan makanan untuk anak-anak walit mempengaruhi tempuh masa membuat sarang. Jika musim kemarau dan terlalu kering biasanya pembiakan serangga berkurangan begitu juga musim banjir, tempat pembiakan serangga musnah kerana banjir.

Setelah pembuatan sarang selesai oleh pasangan tadi akan berlaku perkahwinan. Lima hari selepas perkahwinan. Walit betina akan menghasilkan telur .Bilangan telur yang dihasilkan hanya dua biji sahaja. Proses pengeraman telur akan mengambil masa 20 hari untuk menetas. Selepas anak walit menetas induknya akan mencari makan untuk anak-anaknya. Pada waktu ini wali tidak akan meninggalkan sarang walaupun pada siang hari. Walit tidak akan pergi jauh untuk memburu makanan. Sebab itu membangunkan rumah walit dalam kawasan perburuan kadar suksesnya lebih cepat. Tempuh masa untuk anak-anak walit dapat terbang bergantung kepada bekalan makanan yang diberikan oleh ibunya. Jika bekalan makanan banyak anak-anak walit akan sihat dan kuat dan cepat terbang. Anak-anak walit akan mula terbang dalam masa 40 – 50 hari setelah menetas. Tetapi puratanya ia mengambil masa 45 hari untuk mejadi dewasa dan mula terbang mencari pasangan.

Sekiranya sarang tadi tidak dikutip induk tadi akan bertelur kembali dalam tempuh 10 hari kemudian. Manakala anak-anak walit yang telah terbang dan mencari pasangan , ia akan mula membuat sarang dalam tempuh 6 bulan kemudian. Kebiasaannya ia akan membuat sarang dalam masa 6 bulan kemudian. Sarang dibuat berhampiran dengan induknya.

Strategi membudidaya walit seharusnya sarang tidak dikutip pada peringkat awal bagi mengalakan walit membiak dan meningkatkan kadar populasi walit. Namun begitu sarang tiruan daripada styleroform atau kertas dan apa-apa meterial yang dapat membantu walit membuat sarang sangat baik untuk digunakan.

Posted on 28 March, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: