Mengesan kesalahan dalam rumah walit yang gagal dengan memahami tabiat burung walit.

Tiada siapa yang mahu kegagalan dalam membudidaya walit. Namun begitu ramai juga yang menemui kegagalan dan kesukaran dalam usaha mereka. Oleh itu untuk berjaya .. “ we must try… and try again. We must believe in what we are doing. We must not give up. We must be patient. We must keep pushing.”

Untuk berjaya kita harus menaruh harapan yang tinggi kepada usaha yang dibuat. Laksanakan perancangan dengan baik. Kenal pasti jalan-jalan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dalam industri walit tidaklah terlalu sukar untuk mencapai kejayaan. Anda hanya perlu mencuba dan terus mencuba dengan mengena lpasti kelemahan atau kesalahan yang berlaku pada rumah burung anda. Anda boleh melakukan perubahan atau memperbaiki kelemahan dengan cara “try and error” .

Untuk mengenal pasti kelemahan rumah burung, anda  perlu tahu sedikit sebanyak tentang tabiat burung walit. Tabiat populasinya yang yang hidup berkoloni. Jarang kita temui burung walit terbang secara bersendirian. Semasa keluar memburu makanan dan kembali ia sentiasa berada dalam koloninya. Begitu juga semasa berada didalam rumah burung walit akan mencari groupnya terlebih dahulu. Sebab itu kita akan dapati ia tidur secara berkelompok. Bila walit masuk kedalam rumah burung ia akan mencari tempat dimana terdapat rakan-rakan dalam koloninya.

Oleh itu semasa merekabentuk dan menyusun tweeter harus mengambil kira gelombang bunyi kicauan suara walit supaya menerbitkan bunyi populasi yang besar. Bunyi yang bersautan diantara satu tweeter dengan tweeter yang lain.

Memahami tabiat walit hidup dan tidur berpasangan membantu pembudidaya membuat rekabentuk kayu sirip (nesting plank)  yang disukai oleh burung walit. Reka bentuk kayu sirip juga ada kaitan dengan kehidupan walit yang berkoloni tadi. Sebaiknya disediakan hangging partition. Dengan adanya hangging partition pengaruh cahaya pada siang hari dapat dikawal dengan baik. Kerana walit suka bersarang pada tempat yang gelap tetapi tidak terlalu gelap ia itu dalam keadaan remang-remang cahaya bulan atau kecerahan cahaya lilin.

Oleh itu dalam mereka bentuk rumah walit jangan terlalu takut pada cahaya. Rekabentuk yang paling baik ialah rekabentuk dimana walit senang meneroka dari satu tempat ketempat yang lain. Tempat yang sejuk , kegelapan yang remang-remang cahaya bulan dan mempunyai kelembapan yang mencukupi  dan ventilasi yang baik.

Posted on 28 March, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: